PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


Belajar dari ‘TRANSFORMERS’...

>> Wednesday, July 22, 2009

Saya tersenyum seketika apabila menonton cerita Transfomers II : Rise Of the Fallen.. teruja dengan plot-plot yang telah dihidangkan, sepertimana power rangers yang menjadi tatapan dan bahan pujaan kanak-kanak sebagai adiwira untuk menyelamatkan dunia dari serangan raksasa.. sentuhan seni karya steven spielberg sekali lagi menyentuh jiwa.. cerita-cerita fiksyen yang dipersembahkan mempunyai mesej yang begitu menarik untuk diadaptasi..


Maka apabila berada di zaman kanak-kanak satu ketika dulu ikonik-ikonik ini dijadikan sebagai pujaan, justeru
apabila disoal kepada si kanak-kanak yang terawang-awangan dengan dunia fantasi dan imaginasi apakah cita-cita kamu? Maka dengan penuh yakin mereka menjawab saya mahu menjadi superman, ultraman, power rangers, batman dan sebagainya... seperti yang telah diungkapkan oleh einstein “Imagination is more important than a Knowledge” memahami realiti dengan dunia fantasi lantas pemikiran dibekukan dari lanskap dunia yang terlalu besar.

Namun hari ini transformer tetap menjadi tatapan pilihan saya dan saya telah menontonnya lebih dari 3 kali dalam
masa satu minggu.. tetapi untuk menilai dari konteks yang berbeza, pengalaman yang dilalui menganjak paradigma diri untuk berfikir dalam lanskap yang lebih luas.. SPIES, Qiadah Training Course, Kursus Khas Kepimpinan, Induksi-Induksi Siswa, FCR, Konvensyen Mahasiswa Islam, Apprentice dan terutamanya Dialogue Of Civilization mencorak pemikiran saya, think out of the box!!! Thanks for Dr.Q, Mr Zakariya and Prof Hassan.. you all is my Murabbi ..

Secara ringkasnya sinopsis yang dapat saya nyatakan di dalam ceritera transfomer ini Optimus Prime sebuah aliens robot (makhluk asing) yang telah datang di dunia bersama dengan team Autobot untuk mempertahankan dunia dari ancaman Fallen dan Decepticon yang bertujuan ingin memusnahkan Alam Semesta, namun kehadiran Optimus Prime dan Autobot telah disalah ertikan oleh manusia yang menyangka kehadiran para pejuang ini bakal membawa kepada kehancuran dunia, lalu Autobot dipaksa untuk meninggalkan planet bumi, namun bagaimanapun masih ada sekumpulan manusia yang ‘beriman’ dengan ‘akidah’ yang dibawa oleh Autobot, maka golongan ini dengan sepenuh jiwanya berusaha membantu autobot di atas ‘akidah’ bahawa kehadiran mereka hanya untuk menyelamatkan manusia dari kemusnahan... maka Optimus Prime berkeputusan untuk terus berada di planet bumi bagi menyelamatkan umat manusia walaupun tidak diredhai oleh manusia, di samping menghadapi cabaran berhadapan dengan Decepticon yang berterusan dan istiqamah berusaha memusnahkan bumi di tambah pula dengan angkuh manusia yang enggan ‘beriman’ dengan mesej yang di bawa autobot..


Ibrah Transformer

Saya terkesima seketika.. terkejut kehairanan dan berfikir sendirian sejurus selesai menonton..
terpana dengan sebuah hadis nabi yang terlintas di minda “telah bermula Islam ini dengan asing, dan akan kembali asing, maka beruntunglah bagi orang-orang yang asing (ghuraba’)”, dan ‘orang asing’ ini diertikan sebagai “orang yang melakukan kebaikan/pemulihan(muslih.” di dalam sahih bukhary..

ditambah lagi skrip transformer ini tidak tumpah dengan skrip sirah perjuangan anbiya’ , ianya lebih mengejutkan saya.. membawa mesej kesejahteraan (islam), di tolak mentah oleh para umat kecuali hanya beberapa dari mereka yang beriman, bahkan di tiduh gila dan di anggap asing, di halau dan ditohmah, sehinggalah ‘azab diturunkan membuktikan kebenaran risalah yang dibawa...
Maka terdetik di hati saya tatkala ini transformer telah menjadi Ghuraba’ yang disabdakan?!!
Transformer yang menelusuri sunnah perjuangan ghuraba’??
ghuraba’ yang cuba menyelamatkan manusia dari kezaliman...
ghuraba’ yang menyeru kepada keimanan terhadap kebaikan..
ghuraba’ yang mengorbankan nyawa demi menyelamatkan umat manusia..
ghuraba’ yang dianggap ganjil dengan mesej yang dibawa...
ghuraba’ yang telah ditolak kerana dianggap makhluk asing yang mengganggu ketenteraman umat manusia..
ghuraba’ yang cuba berusaha menghadapi selok belok kejahilan manusia untuk menyampaikan hidayah..
dan yang lebih penting adalah
ghuraba’ yang disandarkan pada para nabi,sahabat dan tabi’in telah diterjemahkan oleh TRANSFORMERS!!!??


Formulasi Islam yang diadaptasi Barat

Kaget. Hanya itu yang mampu saya sebutkan.. formulasi Islam yang diadaptasi barat telah memartabatkan golongan ini menjadi umat yang super hanya dengan melalui wasilah maya ..

‘skrip’ yang ditulis oleh Al-Quran dan Sunnah ribuan tahun lalu telah dilakonkan oleh golongan barat sekaligus diterjemahkan di dalam bentuk yang sangat menarik.. teknologi dieksploitasikan sepenuhnya lantas menjadikan mereka perwira di persada antarabangsa dan kini hasilnya
Keperwiraan Ashababul Ukhdud telah dibiaskan oleh Power Rangers
Kehebatan Khalid Al-Walid dilakonkan Superman
Ketangkasan Hamzah berwatakan Batman
Keberanian Ghulam dicerminkan Ben-10
Kebijaksanaan Ali dipotretkan Nick Nitron
Kemuliaan Sirah ditopengkan Fantasi

Justeru ikonik inilah yang kini dipuja-puja lalu dikultuskan oleh anak-anak masa kini.. maka lahirlah superhero-superhero yang di puja-puja dan menjadi aspirasi kepada anak muda.. dan tercetaknya golongan yang bercita-citakan spiderman dan mengimpikan untuk menjadi superman... tanyakan saja pada kanak-kanak mengenai impian dan cita-cita mereka?

Akan terbuktilah ghazwatul fikr telah berjaya menghilangkan ke’izzahan sejarah Islam dengan ‘cetak rompak’ yang ditiru 100% dari Sirah yang sebenar..
Mengapa?
Formulasi Islam yang dikhazanahkan ribuan tahun lalu, digali dan digunapakai oleh musuh-musuh Islam lantas menjadikan mereka Umat Super, dan Umat Islam yang merupakan pemegang kunci kepada khazanah dan formula ini kini menjadi Umat yang Super Lesu... dimana silapnya?


Kelewatan dan Kejumudan Untuk menerima Tajdid

Kelewatan umat Islam MASA KINI untuk mentakrifkan Al-Quran dan Sunnah kepada bentuk yang lebih realistik serta kejumudan kita terhadap perkembangan sekeliling sehingga dibutakan dengan ‘formula putar belit’ barat dan justeru melahirkan ‘kakak tua-kakak tua’ yang terlalu banyak..
Misalnya Al-Quran dicetak menggunakan mesin cetak secara besar-besaran di zaman Reformation buat kali pertamanya adalah oleh paderi kristian dan diedarkan secara besar-besaran diseluruh dunia untuk dikaji dan memusnahkan Islam.. dan pada ketika itu percetakan Al-Quran oleh mesin cetak difatwakan HARAM..
Pengeksploitasian media sebagai bahan penyampai maklumat melalui teknologi maya dipelopori barat namun kita masih dikelilingi dengan mikrofon-mikrofon dan ceramah-ceramah yang sudah tidak menarik minat..
Namun barat terus maju dari semasa ke semasa kerana mereka mengerti untuk mengadaptasi kefleksibilitian mengikut keadaan semasa..

Dinasour pupus kerana tidak mampu beradaptasi dengan alam sekeliling, bahkan sunnah alam juga berubah mengikut keadaan semasa.. tidak seperti lembu dan kambing yang hanya berselera dengan rumput hijau tanpa bertukar cita rasa dan selera..

Arakian nabi juga berpesan, sunnah hidup seperti roda berputar mengikut keadaan dan semasa, tetapi umatnya masa kini masih tetap terus duduk, sekadar melihat dan ternganga..
Sedangkan era buku telah bertukar menjadi CD, era surat khabar telah bertukar menjadi TV, era papan hitam bertukar menjadi slide show, kambing dan lembu sudah dikacukkan.. hatta ayam pun sudah diorganikkan, tapi pemikiran kita masih berada di takuk lama...

Sedangkan air yang bertakung akan menjadi busuk.. perut yang kelaparan memerlukan makanan.. justeru Islam menekankan kefleksibilitian untuk umatnya terus mara ke hadapan..
Jangan berdiri di takuk lama, bergeraklah dari semasa ke semasa.. al-quran itu statik namun tafsiranya adalah organik.. sirah itu tetap tapi pengajarannya relevan sentiasa..
Oleh itu Nabi Muhammad melakukan revolusi sewaktu kewujudannya, seperti yang di ungkapkan Lamartine “tidak pernah wujud manusia yang melancarkan revolusi yang begitu besar lagi berpanjangan, tidak sampai 2 abad selepas kemunculan Muhammad, dengan nama tuhan Islam ia menguasai dari seudut keyakinan dan persenjataan seluruh negara Arab, Parsi, Khurasan, Transoxania, India Barat, Syria, Mesir, Habsyah, Afrika Utara, Kepulauan Mediterranean dan Sepanyol”
Justeru Ali Abu Hassan An-Nadwi menyatakan kemunduran dunia adalah kerana umat Islam...
Hanya kerana tidak mengerti faktor kefleksbilitian dari dan berubah semasa ke semasa...


Konklusi

Saya ‘berbangga’ dengan pendekatan kartun, yang membantu saya untuk menterjemahkan Islam dalam corak yang lebih hebat... sentimen dan elemen yang dibawa mempunyai unsur-unsur islamik yang perlu diperjuangkan.. saya menilai dan menjadikan ianya sebagai wadah masa kini..
Sepertimana naruto yang bermati-matian berusaha menyelamatkan sahabatnya sasuke dan gaara di atas nama persahabatan, ianya mengingatkan saya rukun baiah yang ke-9.. yakni ukhuwah
Begitu juga nobita dan doraemon, yang menggunakan teknologi sepenuhnya bagi memenuhi tuntutan semasa, menjadikan mereka wira bagi menghadapi setiap permasalahan yang berlaku, maka ia mengingatkan saya pada ayat ke 60 surah Al-Anfal
“Dan persiapkanlah segala yang kamu mampu dari kekuatan (yang ada) dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).”

The Avatar si anak kecil yang diberi mandat untuk menyelamatkan manusia, mengingatkan saya pada kisah Al-Fatih dan Si Ghulam Ashabul Ukhdud...

Pokemon yang mengisahkan kemesraan manusia dan alam sekeliling, mengingatkan saya pada pemerintahaan Umar Abdul Aziz yang membawa rahmat kepada seluruh jajahan pemerintahannya..

Seperti juga Kung Fu panda yang membawa konsep Murabbi dan Keyakinan, seperti Al-Banna dan pembentukan Al-Banna dan perkaderan jundi-jundinya

Melihat kepada pengaruh-pengaruh maya yang dibawa keseluruh Dunia sehingga dipuja-puja membuatkan saya bercita-bercita..

Saya bercita-cita juga untuk membina sebuah cerita maya saya yang tersendiri, namun ianya diterapkan dengan watak-watak Islam dengan pendekatan moden dan bentuk yang lebih realistik dan setaraf dengan naruto,power rangers, transformer dan sebagainya...

mungkin tajuknya Resurrection of Al-Banna : Rise of the Lost Empire.. mungkin ianya berkisar sekitar 5 anak muda di zaman moden yang ditarbiah di dalam sistem usrah manhaj Al-Banna, seterusnya dibentuk mengikut potensi dan kekuatan masing-masing atau setiap seorangnya dibentuk dengan peribadi pemuda islam seperti salman al-farisi, muhammad al-fatih, Hassan Al-Banna, Usamah bin zaid dan lain-lain.. lantas mereka ini ditanamkan matlamat membangunkan khalifah yang hilang serta menawan semula baitul maqdis.. maka anak muda ini akan saya jadikan ikon pada masyarakat masa kini mengikut keperluan dan kemahuan penonton dan ikonik ini akan dipenuhi dengan kemahuan dan imej anak muda masa kini.. saya hanya ada beberapa tujuan dengannya.. melenyapkan ikonik-ikonik cetak rompak barat di pemikiran anak-anak muda, mengembalikan formulasi Islam di tempatnya, membuktikan Islam itu tidak statik dan saya tidak mahu sekadar berbangga dengan sejarah yang lama, biarlah kita melakar sejarah yang tersendiri..
Sejarah telah membuktikannya di kebangkitan cordova, bahkan Victor Robinson mengakuinya..

“Europe was darknest at sunset, Cordova shone with public lamps; Europe was dirty, Cordova built a thousand bath; Europe was cover with vermin, Cordova change undergarment daily; Europe lay in mud, Cordova streets were paved; Europe’s palaces had smokes-holes in the ceiling, Corodva arabiques were exquisite; Europe’s nobility could not sign its name, Cordova’s children went to school; Europe’s monk could not read the baptismal service, Cordova teachers created a library of Alexandrian dimension”

saya terlalu yakin.. Penghayatan Formulasi Islam itu bakal mengangkat martabat kita di tempatnya..

Bergerak jangan statik.. fleksibel jangan rigid..

Terbuka jangan hanyut.. berprinsip jangan jumud..

Anak panah tidakkan mengenai sasaran andai busur panah tidak dilepaskan..

Raja rimba tetapkan mati kelaparan, andai tidak berburu mangsa dihutan...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP