PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


INSAN BERGELAR IBU...

>> Wednesday, July 22, 2009

Sedang tika saya asyik berehat melepaskan lelah dikamar, tiba-tiba diri saya dikejutkan oleh sebuah irama... hp Sony Ericsson w580i berwarna hitam menyanyikan lagu dan seolah-olah meronta-ronta memaksa saya untuk menjawab sebuah panggilan...

“unknown” nama yang terpapar di skrin telefon..

saya mengerti ianya sebuah panggillan yang bukan dari Syria... dan barangkalinya dari Malaysia...
arakian jarang sekali untuk saya menerima panggilan telefon di sini memandangkan kehidupan saya di bumi syam masih terlalu muda...
“Assalamualaikum...” kedengaran getaran suara tua di hujung talian... saya tersenyum..

“waalaikummussalam abah.. abah apa khabar?” ringkas saya menjawab namun di dalam hati amat merindukan khabar dari Malaysia..khabar dari keluarga..

“Alhamdulillah sihat.. semuanya sihat.. abah nak bagitahu adik, abah dapat surat jemputan konvokesyen adik.. minta wakil pegi ganti kalau adik tak boleh pegi.. tapi abah tak pegi la kot ye.. saja nak maklum pada adik..” serak ayah melontarkan tujuan..

“erm, xpe adik xkisah pun.. abah xpayah lah susah-susah, nanti adik minta kawan wakilkan ambil semua sijil n diploma tu..InsyaAllah..adik dah bagitau kawan hari tu..” saya menjawab untuk menenangkan hati ayahanda tersayang
tidak mahu memaksa insan yang hanya kini terdokong dengan urat tua itu untuk berhempas pulas bersusah payah untuk saya.. tubuh tua itu lebih memerlukan rehat yang panjang..
anak-anak yang telah dewasa.., usia yang semakin bertambah.. waktu yang berputar mengharapkan anak-anak menjadi sandaran si ayah.. saya amat mengerti... bahkan terlalu mengerti..
telefon berganti pada ibunda tercinta...

“Assalamualaikum adik, adik apa khabar? Konvo tu adik xboleh pegi la ye.. ibu sebenarnya teringin sangat nak pegi konvo adik..tapi xpe lah, adik xde di sini, nak buat macammana kan”

lembut suara sang ibu menusuk hati.. meluahkan hasrat dan impian yang tertanam saban tahun, mendambakan pelukan seorang anak untuk dikongsi tatkala mengenggam segulung sijil
sebak.. serentak menitis air mata.. saya terlalu mengerti pengharapan seorang ibu, hampir saban kali ketika masih menuntut di Bumi Darul Quran ibu meluahkan hasrat yang sama ketika bertemu mata..

“nanti boleh la ibu pegi konvo adik kan?”

“ibu xsabar nak tunggu konvo adik.. nnti boleh bergambar dengan adik..”

“adik jangan lupa bagitahu kalau adik konvo nanti ye.. ibu nak pergi..”

Saya tergamam terdiam seribu bahasa di hujung talian, diratah rasa bersalah yang terlalu, terus dihambat memori lalu... air mata yang terus mengalir tidak terseka dengan kesedihan..

“nanti adik yie balik Malaysia nanti, ibu nak ambil gambar dengan adik jugak.. kita ambil gambar nanti adik pakai jubah konvo jugak ye..kenangan adik yie dengan ibu abah..” ibu menyambung pengharapan yang diselaputi naluri.. kedengaran sebak suara dihujung talian melindungi kesedihan ibu..

saya terdiam seribu bahasa... kelu lidah untuk menjawab persoalan..

perasaan sedih seolah menyinga membaham diri..

lebih sedih berbanding saat berpisah untuk berhijrah ke dataran syam.. masih mampu untuk saya melontarkan senyuman dan riak wajah yang ceria di saat itu.. arakian terlalu biasa berjauhan dari keluarga...
“InsyaAllah bu..”ringkas saya menjawab dalam nada yang sangat sebak, melayani luahan seorang ibu terhadap anaknya..

bimbang tangisan saya membuatkan ibu diburu rasa bersalah..

“di syria xd konvokesyen ke? Kalau ada adik bagitau ye... ibu nak pergi insyaAllah..” ibu menyambung pengharapan.. jeritan batin saya terus meronta mendengar.. bergema ‘rintihan’ yang diluahkan ibu.. air mata semakin laju mencurah ke bumi..

“maafkan anakmu ibu..” hanya mampu bermonolog sendirian..

“dekat sini xd.. tapi insyaAllah persatuan nak usahakan tahun ni, nnt adik bagitau semula ye..” diri dipaksa untuk menjawab..

‘Adik..’ panggilan yang tetap saya pertahankan biarpun diri meningkat dewasa..
bukan bertitik tolak pada kemanjaan.. namun panggilan yang merupakan satu gelaran.. satu belaian..
belaian yang mampu membawa saya ke syurga.. justeru tetap saya pertahankan.. biarpun diri meningkat dewasa..
kerna belaian itu bisa mengubat luka sang ibu bapa.. membawa saya ke pintu syurga.. tambahan saya tidak ketemu dimanakah salahnya..

“ok.. adik yie jaga diri baik-baik ye.. adik satu-satunya harapan ibu dan abah..” ibu mengakhirkan kalam.. air mata yang menghujani pipi dibiarkan terus mengalir.. mengalir membasahi kamar dosa untuk ianya dibersihkan.. mengalir membasahi pintu taubat untuk mudah ianya dibukakan

Terlalu berat saya ‘menghukum’ ibu.. hijrah ke dataran syam menuntut pengorbanan yang tidak terduga.. sehingga terpaksa menghukum ibu yang melahirkan...

Masih segar dalam ingatan sewaktu kali pertama ibu melafazkan impiannya ketika mendaftar di bumi Darul Quran..
Masih terpahat di memori tatkala kali terakhir ibu memberi peringatan tentang impiannya untuk bersama mengenggam
segulung sijil..

Saya amat mengerti impiannya yang telah terpaksa ibu kuburkan..
Terpaksa ibu kuburkan untuk berkongsi saat gembira bersama si anak sebagai pengubat duka...
Terpaksa ibu kuburkan untuk memahat memori hasil penat lelah mendidik seorang anak..
Terpaksa ibu kuburkan untuk berbangga dengan jerih lelah yang telah dikorbankan dengan kejayaan si anak..
Terpaksa ibu korbankan untuk menumpang kasih di atas impian seorang anak...
Terpaksa ibu kuburkan... juga kerna impian seorang anak..

buat mu ibu..
impian mu tidak ku kuburkan, namun sekadar menyelah waktu seketika...
untuk ku pulang dengan ilmu yang ditimba...

buat mu ibu..
impian mu tetapkan ku tunaikan..
di suatu hari.. dan suatu masa..
bahkan kau kan jauh lebih berbangga..
kau kan jauh lebih bergembira...

pada mu ibu..
ku mohon ribuan kemaafan..
telah menghukum mu kerna keterlanjuran..

pada mu ibu..
doakan musafir anak mu..
berbekal redha ibu dan bapa..
untuk ku mengucup haruman syurga..

untuk mu ibu..
kan ku tunaikan impian dan cita-cita..
yang terlukis dalamsetiap kanvas hati ibu dan bapa..

untuk mu ibu..
kali ini tidak mampu untuk ku hadiahkan pada mu sebuah kegembiraan..
namun nantikan disana, akan ku pakaikan padamu
Mahkota di singgahsana syurga........

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP