PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


SATU JIWA yang perlu diinfaqkan KESELURUHANNYA (siri 2)

>> Sunday, August 30, 2009

(sambungan..)

Saya diberi satu azimat oleh seorang teman dari UIA Pahang, saya amat-amat mengagumi dan begitu malu dengan susuk peribadi dan prinsip beliau, hatta saya teramat-amat malu untuk berbicara dengannya.. azimat yang disampaikan cukup mudah, dan amat memberi kesan pada saya kerana beliau telah berjaya menterjemahkannya ke dalam diri sendiri dan saya melihat hasilnya.. azimat ini juga yang ingin saya konsgikan..

“Sabar dengan Ujian, Redha dengan Ketentuan dan
HUSNUZHON (bersangka baik) pada TUHAN”


saya mengakhiri kalam untuk sama-sama kita renungi…

khulasah dari perbincangan yang saya mulakan…

berdasarkan dalil dari Kalamullah..(at-taubah 120-121)

"...yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada Jalan Allah; dan (setiap kali) mereka menjejak suatu tempat yang menimbulkan kemarah orang-orang kafir; dan (setiap kali) mereka MENDERITA sesuatu sesuatu yang mecederakan dari pihak musuh – melainkan semuanya ditulis bagi mereka amal salih (pahala). Sesungguhnya Allah menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis bagi mereka pahala, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."

Begitu juga mengenai wasiat Hassan Al-Banna

“mereka menderita dengan apa yang menimpa kaum muslimin, mereka merintih terhadap ini semua. Allah S.W.T mengetahui perasaan antara mereka yang menyebabkan leburnya lipatan hati mereka dan apa yang mereka deritai jauh di sudut hati perasaan mereka. Mengocak ketenangan kolam hati nurani mereka, sering menghalang mereka untuk berseronok dengan keluarga da taulan, bergembira dengan segala kelazatan dan keindahan yang ada
Manakala mereka mencari jalan penyelasaian. Maka Allah s.w.t mengetahui tiada sebarang pemikiran (asing) yang menjajahi minda mereka dan tiada hawa nafsu yang bertapak di jiwa mereka. Tiada perkara lain yang mebelenggui pemikiran mereka seumpama perkara ini. Yang menguasai hati,pemikiran dan perasaan mereka seumpama ini
Mereka melaburkan masa dan harta mereka di jalan ini. Cukuplah saudara melewati salah satu kelab mereka, saudara dapat saksikan sendiri mata yang layu berjaga malam, muka yang pucat kerana berjihad, tubuh yang kurus kering keletihan kerana tugas, mereka menanggung segala bebanan ini lantaran keimanan mereka yang kuat dan akidah yang padu…”

Berbahagialah bagi mereka yang di uji..

Seperti segumpal tanah liat yang kotor melalui proses yang amat memeritkan, dibakar dengan bahangya, diacu dengan kerasnya, diukir dengan menyakitkan dan akhirnya menghasilkan tembikar/labu yang cantik lagi berkualiti dan dihargai..

Berbanggalah diri mu yang di uji..

Bergembiralah kerana diri mu di uji..

Senyumlah kerana diri mu diuji..

Berbahagialah kerana dirimu beroleh Tarbiah dari Ilahi..

Manakan ujian itu tidak mungkin tidak kau rasai..

Adakah telah kau lupa???

Bukankah dalam baiah mu engkau telah berjanji??

Bagi diriku hanya SATU JIWA yang perlu diinfaqkan KESELURUHANNYA…

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP