PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


SATU JIWA yang perlu diinfaqkan KESELURUHANNYA (siri 1)

>> Sunday, August 30, 2009

Kalau hendak diikutkan hati saya sudah bosan sebenarnya… bosan untuk melakukan gerak kerja-gerak kerja persatuan dan formal, mungkin kerana terlalu lama berkecimpung dalam gerak kerja sebegini ditambah dengan bebanan-bebanan kerja yang banyak datang serentak setiap masa..

ramadhan kali ini tidak seindah yang saya gambarkan, masih banyak tugas-tugas yang perlu saya selesaikan…


Penolong Pengarah bahagian Thaqafah dan Pengisian Ihya’ Ramadhan PPMS…

Artikel untuk Kolum MySy yang tertangguh…

Artikel untuk Majalah Itqan yang perlu dihantar…

Rancangan Gerak kerja jarak jauh PERSADA dan Badan Kebajikan Negeri Kedah Syria (KKDS) yang perlu diteliti..

Penerbitan dan Penulisan buku yang tertangguh dan masih belum selesai 40-60%..

Kajian-kajian dan rujukan untuk bahan penulisan yang semakin berkurangan…

Exam yang sangat-sangat hampir dan masih kurang penumpuan…

Semuanya tidak dapat tidak membuatkan saya agak sedikit tertekan, ditambah pula dengan pengalaman lalu ‘dipermain-mainkan’ dan ‘ditipu’ dalam bekerja membuatkan saya sangat berhati-hati untuk menerima sebarang tugas, saya tidak mahu pisang berbuah dua kali, serik dan letih bermati-matian memikirkan tugas yang diberikan hampir setahun rupa-rupanya ianya satu kerja yang tidak pernah wujud dan pembohongan semata.. SAYA TERSANGAT-SANGAT BENCIKAN KERJA BODOH TERSEBUT… kerja bodoh yang sehingga kini saya tidak dapat dan tidak diberi relevan dan kefahaman mengenainya, lebih menjelikkan ia langsung tiada hasilnya, melainkan rasa sakit hati ditipu dan dipermain-mainkan.

Saya bukanlah individu yang hanya boleh dipujuk dengan perkataan ‘ikhlaskan niat enta.. buat kerja kerana Islam’ ataupun ‘nta wala’ je lah’.. dan terus disuruh melakukan kerja-kerja yang saya tidak diberi kefahaman dimana punca, kewajaran dan asbabnya.. dan yang paling memualkan bila saya bertanya (bukan mempertikai) mengenai tugas dan kerja yang diberi jawapan yang diberikan mudah..

‘nta wala’ je lah..’
atau
‘ikhlaskan niat nta.. buat kerja kerana ISLAM’

Dimana ISLAM dan IKHLAS nya jika kefahaman dan penjelasan tidak diberikan? JAWAPAN atau PENERANGAN untuk memberi KEFAHAMAN yang diperlukan.. bukan ALASAN seperti itu yang diharapkan.. maka janganlah menutup kebenaran itu dengan kebatilan.. saya mengharapkan Kefahaman dalam buat kerja kerana Islam, bukan tekanan dan paksaan…

dimana susahnya untuk kita memberi kefahaman kepada amilin yang bekerja untuk mereka mencapai IKHLAS yang diharapkan.. bukan ALASAN…

Kerja itu adalah AMAL

Kefahaman itu pula ILMU

Jadi teorinya AMAL tanpa ILMU adalah GILA…

Sama seperti bekerja tanpa kefahaman itu gila..

saya sangat bencikan perkataan sebegitu kerana pada saya ayat tersebut hanya ALASAN gila untuk dipaksa melakukan kerja bodoh (kerana tidak tahu motifnya), maka disebabkan itu saya lebih rela untuk memilih tinggalkan kerja berbanding memilih menjadi GILA…

namun saya sama sekali tidak akan menolak jika diberi kefahaman yang JELAS mengenainya dan bukan sekadar atas angin..

saya mempunyai prinsip tersendiri..

hujah saya mudah.. juga berdasarkan dalil dari Al-Quran berkenaan kisah Nabi Ibrahim yang mengharapkan kefahaman :

Dan (Ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku Telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah[165] semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, Kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." dan Ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al-Baqarah 260

Ayat ini membawa kepada 2 konsep iaitu ILMU dan KEFAHAMAN terhadap IBRAHIM A.S…
At-thabari dan Ibnu Kathir menyatakan Allah memberi kefahaman kepada Nabi dengan menunjukkan secara hakikat bagaimana Dia menghidupkan yang mati, walaupun pada hakikatnya Ibrahim A.S adalah nabi dan telah menerima Ilmu dalam bentuk wahyu, namun masih dijelaskan ilmu tersebut dengan cara memberi kefahaman sebagai cara penjelasan supaya mudah untuk baginda melakukan tugas sebagai nabi, maka pendapat ini juga disokong oleh Rashid redha dan Ar-Razy, justeru teorinya adalah

Wala’> diberi ilmu dan kefahaman > penjelasan > bekerja.

BUKAN

Wala’ > bekerja (= sia-sia)


Saya suka bekerja melalui 3 kunci kefahaman..

Kefahaman ttg MENGAPA perlu melakukan tugas tersebut..
Kefahaman ttg KENAPA saya diberi tugas tersebut..
Kefaham ttg DI MANA kedudukan hasil tugas tersebut

Dan seterusnya saya akan menikmati kerja-kerja yang saya galas, disebabkan kunci ini juga saya sanggup menerima taklif sebagai Penolong Pengarah Pengisian dan Thaqafah Ihya’ Ramadhan kali ini yang menjadi tulang belakang program, memang sangat sukar sebenarnya, saya terpaksa merangka hampir keseluruhan perjalanan jobskop bermula dari yang paling ASAS dan terperinci memandangkan keseluruhan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan di bawah jobskop saya kali ini adalah ‘perkara baru’ dan saya difahamkan aktiviti yang dirangka tidak pernah dijalankan sebelum ini di sini…saya tidak dapat merujuk program-program yang lalu melainkan 1,2 perkara.

merangka ‘benda baru’ dalam masa 1 minggu untuk perjalanan selama 30 hari amat-amat memeningkan kepala, menekankan dan meletihkan badan, saya hanya sempat untuk tidur lebih kurang hanya 1-2 jam setiap hari selama satu minggu, ditambah lagi dengan kehidupan saya yang masih sangat muda di bumi syam untuk menerima tugas ini menyebabkan saya perlu banyak belajar dan beradaptasi, banyak idea-idea yang perlu ‘ditapis’ untuk disesuaikan dengan situasi Syam membuatkan saya agak terhad untuk berkarya, dan susah untuk mentafsir liku-liku lanskap yang memenuhi citarasa ikhwan dan ikhwah syam.

Namun alhamdulillah saya amat bersyukur dikurniakan pembantu dan sahabat-sahabat yang memahami.. terutama Ustaz Badrun yang tetap setia di sisi membantu dan melayan karenah saya dalam bekerja dan berfikir dengan serius, Ust Fathiah merangkap kakak yang berpengalaman bekerja dengan saya semasa di Darul Quran menyebabkan saya tidak kekok dan senang bekerja dengannya walaupun masih baru disini, begitu juga Ust Aisyah Che Sulong yang tidak banyak bicara, mudah dan cepat melakukan kerja… Abang Aizat Mantan Presiden KUIN dan merupakan sahabat seperjuangan saya di dalam Tankiah dan PERSADA di Malaysia satu ketika dulu yang juga banyak memberi sumbangan idea, begitu juga ust Ishak Timb.Ketua Editor MySy selaku orang lama yang mengorbankan banyak masa untuk membantu, menegur dan menyumbang dalam tugas kali ini…

Saya merasa terharu disebalik jerih penat yang dilakukan rupanya ada mata yang memerhati, abang Farid Faizul merangkap Setiausaha Persatuan Pelajar Malaysia memberi taujihat ringkas kepada saya..
“ana nampak banyak dan berat kerja yang enta kena urus ni..xletih ke.. buat dengan cara yang terbaik InsyaAllah ada ganjaran Allah dan xsia-sia”..

saya termotivasi dengan kata-kata ringkasnya, pengalaman beliau dalam kepimpinan amat saya kagumi dan sukar untuk dipertikai..

Saya bermuhasabah…

Muhasabah dengan gerak kerja yang dihadapi, mencari ‘nilai’ di sebalik perjuangan..

Muhasabah mencari nilai di sebalik keletihan...

Muhasabah mencari nilai disebalik tarbiah dan kefahaman..

Muhasabah mencari nilai disebalik dugaan, tekanan dan cabaran..

Muhasabah dengan segala yang saya lalui…

terlalu sedikit untuk saya bandingkan dan merasa ‘letih’ dan ‘bosan’ dengan perjalanan ini.. perjalanan yang telah membentuk saya seawal menerima nafas tarbiah di bumi Maktab Mahmud tercinta dengan sketsanya untuk dimartabatkan, beralih kepada bumi barakah Darul Quran seterusnya berganti dengan Bumi Syam yang telah dijanjikan dalam sabdanya… ya, saya juga melengkapi fitrah insan.. menerima terlalu banyak ujian.. namun bukan tidak redha, Cuma hendak mengadu pada-Nya…

saya meneliti sketsa dan epilog tarbiah yang tersendiri… ‘tamrin’ pembentukan peribadi kental dan prinsip diri di Maktab Mahmud, sehingga ‘tamrin’ tarbiah sufi haraki dan pembentukan kekuatan dalaman yang amat-amat memeritkan diri melalui pengorbanan jiwa dan perasaan di bumi barakah Darul Quran.. dan beralih kepada bermulanya ‘tamrin’ pembentukan kematangan fikrah, fikiran, fiqh wazan dan membuat keputusan di bumi Syam dan saya yakin siri-siri tamrin ini akan berterusan di sini untuk membentuk diri saya.. menyahut Hembusan Cinta Dataran Syam..

saya teringat kepada kata-kata Hassan Al-Banna
“ kebanyakan orang Mudah berkhayal, namun bukan lah semua khayalan yang terlintas diminda itu mampu diungkap dengan lisan,, berapa ramai pula yang mampu mengungkap dengan lisan namun tidak mampu menanggung beban jihad dan bekerja keras, Para mujahid yang merupakan orang pilihan Allah yang tidak berapa ramai adakalanya tersilap langkah dan tidak mencapai matlamat sekiranya tidak mendapat inayah Allah”

saya cuba mencari dimana kedudukan saya di dalam kata-kata ini..

saya menerima satu pesanan ringkas dari Ukhti Najian, seorang sahabiah seperjuangan dari Kelantan yang meminta tasyji’ untuk berkongsi supaya dikuatkan hati dan sebagainya, terlalu malu untuk saya menunaikan permintaannya, saya bukanlah orang yang selayaknya dan kehidupan saya bukanlah sesempurna yang disangka..

saya memohon ribuan kemaafan kepada ukhti, lemah lutut untuk saya berkongsi…

saya tidak seperti Abang Ihsan Fadhli yang saya menganggap seperti tutor untuk diri yang lemah ini, saya juga bukan Uwais Al-Qarny yang saya kira lebih layak untuk berkongsi..

secara mudah untuk saya sebutkan, pengorbanan itu adalah satu pinjaman…
pinjaman kepada Allah untuk dibalas dengan sebaik-baik balasan… (al-baqarah 245)
"Siapakah orangnya yang mahu memberi PINJAMAN KEPADA ALLAH, pinjaman yang baik (lagi ikhlas), Maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan."


Dengan bermatlamatkan untuk mencari redha Allah.. (al-baqarah 207)
"Dan Di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana MECARI KEREDHAAN ALLAH semata-mata: dan Allah pula amat belas kasihan hamba-hambanya"
(Maka melalui ayat ini juga Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh hartanya…)

Kerana jalan itu terlalu panjang dan sukar… (at-taubah 42)
"Seandainya apa yang kamu serukan itu adalah mudah dan perjalanannya dekat dan pasti mereka akan mengikuti mu, tetapi perjalanan itu AMATLAH JAUH LAGI MENYAKITKAN.."

Untuk kita diuji benar-benar beriman… (al-ankabut 2)
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka BELUM DIUJI?"

Kerana ini adalah satu perniagaan (as-saff 10-11)
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?#(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui"

Dan Hasilnya adalah sebaik-baik balasan yang dihitung atas perniagaan yang telah dilakukan..
"Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka BERGEMBIRALAH DENGAN JUAL BELI yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar"

Maka menangislah sehendaknya andai terasa pilu dalam kehidupan..
kerana air mata itu adalah untuk dialirkan, bukan sekadar membasahi wajah suram yang terluka..
namun menyuburkan jiwa yang meronta sebagai pujukan dari kekasih yang Maha Penyayang…

(bersambung…)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP