PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


Showing posts with label shift ur paadigm. Show all posts
Showing posts with label shift ur paadigm. Show all posts

Bila Mad’u Pasca Playstation bertemu Da’ie Pasca Volkswagon..

>> Thursday, December 31, 2009

“abang, kalau usrah minggu depan kita semua pegi Bowling nak x?” cadang seorang ahli usrah pada Naqib nya. “ish nta ni, usrah ni benda agamalah.. bukan benda main-main, main bowling tu cenderung pada maksiat, tapi yang kita berusrah ni ibadat, jangan campurkan hak dan batil.. HARAM HUKUMNYA! Bagi cadangan yang bernas sikit, buat majlis zikir-zikir ke, halaqah quran ke, tazkirah mingguan ke itu barulah USRAH IBADAT dan BERKAT!!” ‘kebengangan’ dan respon kontradik si naqib terhadap cadangan yang diberikan..



“kamu ni syahidan!! mengadap internet hobi kamu..??? apa kamu fikir internet tu boleh beli tiket online masuk Syurga?? Banyak maksiat je dalam internet tu nak dibandingkan ibadat..kamu kena tukar hobi kamu ni, banyak mengadap Al-Quran kan bagus!” bergelora jiwa si pelajar menerima bebel ‘justifikasi’ dan ‘saranan’ si ustaz..

“Kung-Fu Panda n Naruto pun nta layan??? Memang nta ni berfikrah kartun lah, cuba anta ambil filem dalam hardisk ana ni, cerita Imam Syafie, Imam Malik, Bilal bin Rabah, Ashabul Ukhdud, macam ni baru la ISLAMIK!!, jangan doktrin pemikiran kita dgn budaya westernisasi..”, ‘tazkirah santai’ si farhan pada si roomate..


Da’ie ‘bijak’ membuat justifikasi dan hukuman, Kreatif mencari ruang-ruang kesalahan sasaran untuk dijadikan modal Islah dan Dakwah, keupayaan mentakhrij hukum di lapangan medium dakwah kadang membuatkan diri terasa ‘akulah da’ie muslim teristimewa’ atau ‘akulah ikon pendakwah dunia’.. hikmahnya seolah-olah terbang, kononnya Al-Quran dan Sunnah itu yang dipegang.. lancar lidah mengeluarkan perintah hukum mati, tanpa sedikitpun berbaur empati.

A.M.A.N.A.H.M.U

A.M.A.N.A.H.M.U (Amar Makruf Nahi Mungkar), benar sekali ia sememangnya tanggungjawab bersama. Perkara yang menjurus kepada maksiat sememangnya perlu untuk dijauhi, Perintah Allah dan Ajaran Rasul untuk ‘menjemput’ sasaran menjauhi perkara-perkara yang bersifat terlalu keduniaan pasti ada hikmahnya, ada jua caranya. Allah Taala memerintahkan agar Amar Makruf Nahi Mungkar itu dilakukan bukan hanya sekadar dengan ARAHAN dan HUKUMAN, namun ianya PAKEJ LENGKAP dengan JALAN KOMUNIKASI dan HIKMAH bagaimana untuk memberi jemputan.

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan HIKMAH dan NASIHAT YANG BAIK dan BANTAHLAH MEREKA DENGAN CARA YANG BAIK. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” An-Nahl : 125

Hikmah itu baik, nasihat juga teramat baik, berbantah juga memerlukan cara yang baik namun terus menerus menghukum bukanlah cara yang terbaik. lalu Hassan Al-Banna berkata ‘Kita adalah ‘penjemput’ bukan penghukum’

Dunia dan Materialistik itu ibarat rokok dan dadah ketagihan, pantang dicuba amat sukar sekali untuk meninggalkannya, apatah lagi bila menjadi sebati dengan jati diri. Justeru bukan sekadar dunia itu menjadi topik utama, namun jalan-jalan mendekatinya jua perlu berhati-hati dipilih agar tidak lemas didalamnya.

Namun terkadang semangat A.M.A.N.A.H.M.U yang membuak-buak di dalam diri Da’ie Pasca Volkswagon membuatkan mereka begitu emosional dan tidak mampu beradaptasi dengan HIKMAH dan keadaan semasa, menyerang Mad’u Pasca Playstation bagaikan menghukum pesalah Mandatori hukuman Mati!

Salah si mad’u bukanlah SUBJEK UTAMA yang memerlukan perdebatan panjang si da’ie, apatah lagi HARAM itu jelas dan HALAL itu jelas, adakala hukum yang lain jua perlu diambil kira kesesuaiannya selain hukum yang dua (HARAM dan HALAL)

Persoalannya apakah bowling, kung-fu panda, naruto, internet itu menjadi masalah utama (Prime Problem)? Atau sekadar masalah yang diada-ada (Presenting Problem)? Bukankah bowling,kungfu panda dan sebagainya itu sekadar kemuncup dalam permasalahan? (Nonsense Problem)? Tinggalkan simptom-simptom permasalahan dan berusahalah memberi KEFAHAMAN..

Mad’u Pasca Playstation memerlukan Da’ie yang melihat sesuatu yang terSIRAT di sebalik yang terSURAT, bukan dengan melepas kemarahan demi kemarahan, membaham melalui jalan kotor SMS, YM, Email dan Chatbox, mengherdik kiri dan kanan, mengisytiharkan ‘perang malaikat dan syaitan’, mengalun kemarahan dengan kemarahan, menghukum dengan mandatori hukuman.

Ketepikanlah sentimen mandatori, Memberilah dengan nilai empati.. melihat permasalahan di luar kotak bukanlah apa yang sekadar terlintas di dalam otak.. autopsylah apa yang terpendam didasar hati mereka, bukan mengenggam apa yang sekadar terlintas di mata.
Usahlah memberi tekanan dengan kata-kata ‘motivasi’ yang membuatkan mereka untuk terus bergelumang di jalan dosa, tetapi binalah hubungan dan perlihatkan mereka bahawa disini kita ingin menyediakan Syurga Impian, Diane Lemons di dalam Chicken Soup for the Teenage Soul menyebut :

“..I would do less Correcting and more Connecting..”
“..saya akan kurang melakukan teguran (memberi tekanan) dan saya akan lebih melakukan perhubungan/persahabatan (memberi kefahaman)..”

UBAHKU UBAHMU JUA, KASIHKU KERNA AMANAHMU JUA.

A.M.A.N.A.H.M.U itu bukan berorientasi di dalam perkataan MENCEGAH sahaja, namun memerlukan kepada apa yang disebut sebagai MENGUBAH.
UBAHlah mereka kepada kebaikan, BUKAN MENCEGAH! , PINDAHkan mereka kepada kebenaran, BUKAN MENYANGGAH!.

“Dari Abu Said Al-Khudri beliau berkata : aku telah mendengar Rasulullah bersabda : seandainya sesiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengUBAHnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka hendaklah dia mengUBAH dengan lisannya. Dan seandai masih juga tidak mampu hendak (diUBAH/dikecam) dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman” Hadis Riwayat Muslim

Zina itu perkara yang haram, maka diUBAH dengan perkahwinan, Riba itu haram maka, diUBAH dengan jual beli, Arak itu juga haram maka diUBAH dengan susu dan madu. Begitulah Islam menetapkan, formula teori yang seharusnya diguna

Protes dan kontradik Mad’u Pasca Playstation lazimnya adalah kerana ‘gajet dan aksesori’ yang digunapakai Da’ie Pasca Volkswagon tidak ‘compatible and suitable’ dengan keadaan semasa, walaupun kita mempunyai satu produk yang terbaik yakni Al-Quran, namun malangnya kita ketandusan promoter-promoter yang baik yakni Da’ie.

Kebrobokan yang berlaku di dalam institusi diri mad’u adalah kerana kegagalan sistem pertimbangan yang terdoktrin di dalam ‘akidah’ jati diri mereka dan dominasi ‘tabiat memandu’ yang telah bertunas dan berakar tunjang sejak sekian lama didalam diri mereka, mengubah ‘akidah’ dan mencantas ‘akar tunjang’ bukan lah semudah menyebar kata nista dan amarah, atau semudah menyapu sampah!

Justeru wahai da’ie, nilailah kembali kerelevenan ‘volkswagon’ mu, Longgarkanlah belenggu-belenggu yang mengikat da’ie mu, seharusnya engkau menerima sebelum memberi, bersihkanlah dari dalamnya sebelum membentuk yang luarnya (inside-out), fahamilah jiwa sebelum mengucap kata yang mengundang bencana dan nista!

UBAHLAH PENDEKATAN MU, MAKA AKAN TERUBAHLAH DIRIKU, TERIMALAH KASIHKU KERNA KU TAHU ITU AMANAHMU..

“berbicaralah dengan manusia melalui kadar kefahaman mereka-Saidina Ali R.A”

WIN-WIN SITUATION

Tugas Menghambakan jiwa hamba adalah satu agenda yang terlalu agung, seagung namanya begitulah sesukar tugasnya, sesukar tugasnya begitulah memerlukan sebanyak metod dan manhajnya. Dan dengan manhaj yang kaya inilah ianya mampu mengubah diri mad’u untuk melihat hidup ini sebenarnya adalah sebuah kehambaan diri pada Allah s.w.t.

Sedarlah, halangan, Amarah dan tintah perintah keterlaluan yang termuntah dari lidah tidak bertulang itu bukanlah JALAN SINGKAT untuk mereka mengenal tuhan, tetapi ianya jalan singkat untuk mereka lebih jauh meninggalkan tuhan.

Biarlah langkah kita berdengket-dengket, namun ia masih mudah untuk digigit. Berbanding mengambil jalan shortcut, kita kan terus ditinggal tanpa syarat!

Wahai si daie..

Teruskan langkahmu dalam berdakwah, namun perbaikilah juga ‘volkswagon’ mu yang bermasalah, jangan melihat ‘playstation’ itu sebagai punca masalah, namun cuba perkayakan dirimu dengan hikmah.

Lapangkan hati, ikhlaskan niat, jalankan dengan hikmah.. dan yang utama sedarlah segala-galanya adalah kerana Allah, bukan kerana amarah..

“ Maka berilah peringatan, Karena Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan. bukanlah Kamu orang yang berkuasa memaksa mereka (menerima peringatan)” al-ghassiyah 21-22

“Maka dengan rahmat Tuhan Mu, berlemah lembutlah terhadap mereka, sekiranya engkau bersikap keras hati dan kasar pasti mereka akan menjauhkan diri dari Mu, oleh itu maafkanlah mereka dan mohonkan keampunan kepada mereka...” al-imran ayat 159

Read more...

PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN

p/s :ARTIKEL INI DISUMBANGKAN KHAS OLEH PENULIS BAGI WARKAH, KHUSUS BUAT SELURUH WARGA PPMS

Melangkau lebih 2 dekad PPMS telah mengorak langkah, seharusnya kini kepemudaan yang diperolehi perlulah beriringan dengan kematangan yang sejajar, bukan sekadar kematangan dalam memandu arus dan halatuju persatuan semata-mata, namun jua kematangan dalam memilih dan mencorak dimensi PPMS itu sendiri, PPMS kini tidak sepatutnya lagi bersifat seperti lalang yang mengikut telunjuk angin yang akan membawa malapetaka, namun seharusnya kini layar yang perlu dipasak, taufan yang perlu diredah, kompas yang perlu dibina, kiblat yang perlu menjadi halatujunya, kepemudaan yang kini diperoleh diibaratkan seperti emas dan permata wajiblahlah dilaburkan dan ‘diniagakan’ dengan sebaik mungkin, maka kepemudaan ini jugalah yang sering didewa-dewakan dan dikultuskan oleh seluruh perdaban manusia, telah berkata Umar Al-Khattab ‘aku impikan untuk memiliki jiwa-jiwa pemuda, maka dengan jiwa-jiwa inilah akan ku mentadbir dunia!.


namun malangnya kini, apa yang diharapkan tidak seperti yang digambarkan, Bahtera PPMS yang lebih 2 dekad tersergam indah untuk membelah lautan samudera masih terdampar dan sekadar berjinak-jinak berlayar dipesisiran pantai, penantian para nakhoda silih berganti-ganti saban tahun lamanya, lautan penumpang terus memenuhi ruangan bahtera, namun kekurangan dan kekosongan yang maha dahsyat di posisi kepakaran kelasi dan anak kapal yang sanggup menjadi pendokong dan tunggak menjadi punca utama bahtera ini tidak mampu membelah samudera. Biarpun bahtera ini masih belum meneruskan pelayarannya seperti yang dirancang, namun para nakhoda yang silih bertukar ganti saban tahun ini tetap yakin dan percaya, tabah menanti, diiringi harapan dan doa, bahawa suatu hari nanti PASTI! akan hadir segerombolan kelasi dan anak kapal yang akan bersama-sama menyumbang tenaga untuk terus kita berlayar mencapai kegemilangannya. Maka Golongan yang diharap2kan itulah para ahli Persatuan Pelajar Malaysia Syria yang sekalian lama menjadi penumpang bahtera ini.


Krisis yang berlaku bukanlah perkara yang baru, malah telah diwarisi, menjadi tradisi, sebati dalam jati diri di dalam hati dan jiwa pengucap Kalimah LA ILA HAILLALLAH itu sendiri. Apakah hanya ini yang kita warisi setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyah? Apakah kita menjadi petanda kemunduran dan kehancuran jemaah islamiah? Benarkah kitalah pewaris golongan ulama’ yang bakal menjunjung risalah?


“..Sesungguhnya Allah menyintai (hamba-hamba) yang berjuang di jalan-Nya dalam satu barisan bagai satu bangunan yang tersusun.. Al-Hujurat : 4”


PPMS yang telah diwujudkan sekian lama adalah sebagai satu wadah perjuangan untuk menjana kebajikan dan mewujudkan keSATUan ahli bagi memperjuangkan Islam itu sendiri, seperti mana air yang memerlukan bekas untuk ianya mudah digunapakai, maka begitulah PPMS yang cuba menjadi salah satu bekas kepada ISLAM bagi memproduktivikan ulama’ dan menterjemahkan Islam dalam bentuk yang syumul. Namun apa yang terjadi ‘lambakan bekas’ yang terwujud setelah kelahiran PPMS ini sedikit sebanyak telah menganggu gugah kelancaran dan visi per SATUan dan keSATUan yang ingin dibawa, perpecahan tenaga kerja ‘amilin yang sepatutnya bekerjasama di dalam satu wadah dan bekas yang sama telah ternoda kerana berlakunya firqah-firqah didalam kesatuan, yang menjadi asbab utama seluruh bekas-bekas yang ada tampak mundur dan tidak bermaya, simptom-simptom ini telah menjadi satu virus penyakit yang terlalu kronik bagi Persatuan Pelajar Malaysia Syria yang merupakan induk kepada seluruh pelajar malaysia di syria.


Perbezaaan visi dan misi, hadaf dan matlamat, kesamaran dalam mengenal usul dan furu’, perselisihan penyelarasan antara induk dan kompenen ditambah pula dengan lambakan individu yang mengamalkan budaya ananiyah dan ‘ aku tidak pedulisme’ mewujudkan satu fenomena menempah maut menanti reput.


Demam kepincangan yang menimpa PPMS sekian lama, telah diusahakan penawarnya dari seluruh penjuru yang terdaya, namun sehingga kini antibotik yang digunakan masih gagal memberi tanda penyembuhan, namun satu ‘penawar lagenda’ yang sering diwar-warkan mampu mengubat seluruh permasalahan yang berlaku masih terus diusahakan untuk direalisasikan, namun malangya ‘ramuan utama’ kepada penawar lagenda tersebut masih juga belum diperoleh. Maka ramuan itulah huluran tangan dan bantuan dari seluruh ahli PPMS.


Dalam menyediakan penawar inilah barisan PPMS tahun ini dengan ini dengan berbesar hatinya mula mengorak langkah awal mengerah seluruh tenaga dari segenap kemampuan dan posisi yang terdaya bagi menyediakan fasiliti, ruang, ramuan tambahan berbentuk program-program kesatuan, penyatuan portfolio dan gerak kerja, pengecilan skop lajnah dan sebagainya bagi memastikan penawar yang masih dibina ini akan membawa hasil dan menyembuhkan penyakit yang sekian lama ditanggung. Maka setelah segenap kemampuan telah diusahakan sebagai langkah awal kepada sebuah perubahan dan kesatuan, Barisan PPMS terus masih mengharap kepada semua ahli untuk sama menghulurkan ‘ramuan utama’ berbentuk huluran tangan, pertolongan dan tenaga kerja.


Adalah diharapkan usaha yang dilakukan ini mampu menjadi jalan penyelesaian yang paling konkrit dan utuh, moga dengan perpaduan ini PPMS dapat bergerak mampu untuk menjadi setanding dan setaraf dengan rakan seperjuangannya seperti GAMIS dan PMRAM, apatah lagi badan ini mempunyai lambakan produktiviti ulama’ muda untuk dibentuk ,dikaderkan dan dihantar berpencak di tanah air Malaysia, moga dengan usaha inilah PPMS berjaya mencetak ULAMA’ NEGARAWAN BERMINDA KHALIFAH.


Ayuh Bersama kita menyahut lantas mendokong tema PPMS 2010 kali ini, bersama-sama kita “PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN”!


“Berkata Nabi Muhammad S.A.W : sesungguhnya Bani Israel telah membunuh ramai dari kalangan anbiya’, maka setiap kali mereka membunuh satu nabi maka Allah akan menggantikan dengan nabi yang lain, dan sesungguhnya tiada nabi selepas dari aku, dan akan terdapat khulafa’ (jemaah) yang terlalu banyak, berkata para sahabat : apakah yang akan engkau arahanmu kepada kami Ya Rasulullah? Berkata baginda Nabi : bersamalah dan berbaiahlah kamu di dalam jemaah yang paling awal dan paling utama”

Read more...

SATU JIWA yang perlu diinfaqkan KESELURUHANNYA (siri 1)

>> Sunday, August 30, 2009

Kalau hendak diikutkan hati saya sudah bosan sebenarnya… bosan untuk melakukan gerak kerja-gerak kerja persatuan dan formal, mungkin kerana terlalu lama berkecimpung dalam gerak kerja sebegini ditambah dengan bebanan-bebanan kerja yang banyak datang serentak setiap masa..

ramadhan kali ini tidak seindah yang saya gambarkan, masih banyak tugas-tugas yang perlu saya selesaikan…


Penolong Pengarah bahagian Thaqafah dan Pengisian Ihya’ Ramadhan PPMS…

Artikel untuk Kolum MySy yang tertangguh…

Artikel untuk Majalah Itqan yang perlu dihantar…

Rancangan Gerak kerja jarak jauh PERSADA dan Badan Kebajikan Negeri Kedah Syria (KKDS) yang perlu diteliti..

Penerbitan dan Penulisan buku yang tertangguh dan masih belum selesai 40-60%..

Kajian-kajian dan rujukan untuk bahan penulisan yang semakin berkurangan…

Exam yang sangat-sangat hampir dan masih kurang penumpuan…

Semuanya tidak dapat tidak membuatkan saya agak sedikit tertekan, ditambah pula dengan pengalaman lalu ‘dipermain-mainkan’ dan ‘ditipu’ dalam bekerja membuatkan saya sangat berhati-hati untuk menerima sebarang tugas, saya tidak mahu pisang berbuah dua kali, serik dan letih bermati-matian memikirkan tugas yang diberikan hampir setahun rupa-rupanya ianya satu kerja yang tidak pernah wujud dan pembohongan semata.. SAYA TERSANGAT-SANGAT BENCIKAN KERJA BODOH TERSEBUT… kerja bodoh yang sehingga kini saya tidak dapat dan tidak diberi relevan dan kefahaman mengenainya, lebih menjelikkan ia langsung tiada hasilnya, melainkan rasa sakit hati ditipu dan dipermain-mainkan.

Saya bukanlah individu yang hanya boleh dipujuk dengan perkataan ‘ikhlaskan niat enta.. buat kerja kerana Islam’ ataupun ‘nta wala’ je lah’.. dan terus disuruh melakukan kerja-kerja yang saya tidak diberi kefahaman dimana punca, kewajaran dan asbabnya.. dan yang paling memualkan bila saya bertanya (bukan mempertikai) mengenai tugas dan kerja yang diberi jawapan yang diberikan mudah..

‘nta wala’ je lah..’
atau
‘ikhlaskan niat nta.. buat kerja kerana ISLAM’

Dimana ISLAM dan IKHLAS nya jika kefahaman dan penjelasan tidak diberikan? JAWAPAN atau PENERANGAN untuk memberi KEFAHAMAN yang diperlukan.. bukan ALASAN seperti itu yang diharapkan.. maka janganlah menutup kebenaran itu dengan kebatilan.. saya mengharapkan Kefahaman dalam buat kerja kerana Islam, bukan tekanan dan paksaan…

dimana susahnya untuk kita memberi kefahaman kepada amilin yang bekerja untuk mereka mencapai IKHLAS yang diharapkan.. bukan ALASAN…

Kerja itu adalah AMAL

Kefahaman itu pula ILMU

Jadi teorinya AMAL tanpa ILMU adalah GILA…

Sama seperti bekerja tanpa kefahaman itu gila..

saya sangat bencikan perkataan sebegitu kerana pada saya ayat tersebut hanya ALASAN gila untuk dipaksa melakukan kerja bodoh (kerana tidak tahu motifnya), maka disebabkan itu saya lebih rela untuk memilih tinggalkan kerja berbanding memilih menjadi GILA…

namun saya sama sekali tidak akan menolak jika diberi kefahaman yang JELAS mengenainya dan bukan sekadar atas angin..

saya mempunyai prinsip tersendiri..

hujah saya mudah.. juga berdasarkan dalil dari Al-Quran berkenaan kisah Nabi Ibrahim yang mengharapkan kefahaman :

Dan (Ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku Telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah[165] semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, Kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." dan Ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al-Baqarah 260

Ayat ini membawa kepada 2 konsep iaitu ILMU dan KEFAHAMAN terhadap IBRAHIM A.S…
At-thabari dan Ibnu Kathir menyatakan Allah memberi kefahaman kepada Nabi dengan menunjukkan secara hakikat bagaimana Dia menghidupkan yang mati, walaupun pada hakikatnya Ibrahim A.S adalah nabi dan telah menerima Ilmu dalam bentuk wahyu, namun masih dijelaskan ilmu tersebut dengan cara memberi kefahaman sebagai cara penjelasan supaya mudah untuk baginda melakukan tugas sebagai nabi, maka pendapat ini juga disokong oleh Rashid redha dan Ar-Razy, justeru teorinya adalah

Wala’> diberi ilmu dan kefahaman > penjelasan > bekerja.

BUKAN

Wala’ > bekerja (= sia-sia)


Saya suka bekerja melalui 3 kunci kefahaman..

Kefahaman ttg MENGAPA perlu melakukan tugas tersebut..
Kefahaman ttg KENAPA saya diberi tugas tersebut..
Kefaham ttg DI MANA kedudukan hasil tugas tersebut

Dan seterusnya saya akan menikmati kerja-kerja yang saya galas, disebabkan kunci ini juga saya sanggup menerima taklif sebagai Penolong Pengarah Pengisian dan Thaqafah Ihya’ Ramadhan kali ini yang menjadi tulang belakang program, memang sangat sukar sebenarnya, saya terpaksa merangka hampir keseluruhan perjalanan jobskop bermula dari yang paling ASAS dan terperinci memandangkan keseluruhan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan di bawah jobskop saya kali ini adalah ‘perkara baru’ dan saya difahamkan aktiviti yang dirangka tidak pernah dijalankan sebelum ini di sini…saya tidak dapat merujuk program-program yang lalu melainkan 1,2 perkara.

merangka ‘benda baru’ dalam masa 1 minggu untuk perjalanan selama 30 hari amat-amat memeningkan kepala, menekankan dan meletihkan badan, saya hanya sempat untuk tidur lebih kurang hanya 1-2 jam setiap hari selama satu minggu, ditambah lagi dengan kehidupan saya yang masih sangat muda di bumi syam untuk menerima tugas ini menyebabkan saya perlu banyak belajar dan beradaptasi, banyak idea-idea yang perlu ‘ditapis’ untuk disesuaikan dengan situasi Syam membuatkan saya agak terhad untuk berkarya, dan susah untuk mentafsir liku-liku lanskap yang memenuhi citarasa ikhwan dan ikhwah syam.

Namun alhamdulillah saya amat bersyukur dikurniakan pembantu dan sahabat-sahabat yang memahami.. terutama Ustaz Badrun yang tetap setia di sisi membantu dan melayan karenah saya dalam bekerja dan berfikir dengan serius, Ust Fathiah merangkap kakak yang berpengalaman bekerja dengan saya semasa di Darul Quran menyebabkan saya tidak kekok dan senang bekerja dengannya walaupun masih baru disini, begitu juga Ust Aisyah Che Sulong yang tidak banyak bicara, mudah dan cepat melakukan kerja… Abang Aizat Mantan Presiden KUIN dan merupakan sahabat seperjuangan saya di dalam Tankiah dan PERSADA di Malaysia satu ketika dulu yang juga banyak memberi sumbangan idea, begitu juga ust Ishak Timb.Ketua Editor MySy selaku orang lama yang mengorbankan banyak masa untuk membantu, menegur dan menyumbang dalam tugas kali ini…

Saya merasa terharu disebalik jerih penat yang dilakukan rupanya ada mata yang memerhati, abang Farid Faizul merangkap Setiausaha Persatuan Pelajar Malaysia memberi taujihat ringkas kepada saya..
“ana nampak banyak dan berat kerja yang enta kena urus ni..xletih ke.. buat dengan cara yang terbaik InsyaAllah ada ganjaran Allah dan xsia-sia”..

saya termotivasi dengan kata-kata ringkasnya, pengalaman beliau dalam kepimpinan amat saya kagumi dan sukar untuk dipertikai..

Saya bermuhasabah…

Muhasabah dengan gerak kerja yang dihadapi, mencari ‘nilai’ di sebalik perjuangan..

Muhasabah mencari nilai di sebalik keletihan...

Muhasabah mencari nilai disebalik tarbiah dan kefahaman..

Muhasabah mencari nilai disebalik dugaan, tekanan dan cabaran..

Muhasabah dengan segala yang saya lalui…

terlalu sedikit untuk saya bandingkan dan merasa ‘letih’ dan ‘bosan’ dengan perjalanan ini.. perjalanan yang telah membentuk saya seawal menerima nafas tarbiah di bumi Maktab Mahmud tercinta dengan sketsanya untuk dimartabatkan, beralih kepada bumi barakah Darul Quran seterusnya berganti dengan Bumi Syam yang telah dijanjikan dalam sabdanya… ya, saya juga melengkapi fitrah insan.. menerima terlalu banyak ujian.. namun bukan tidak redha, Cuma hendak mengadu pada-Nya…

saya meneliti sketsa dan epilog tarbiah yang tersendiri… ‘tamrin’ pembentukan peribadi kental dan prinsip diri di Maktab Mahmud, sehingga ‘tamrin’ tarbiah sufi haraki dan pembentukan kekuatan dalaman yang amat-amat memeritkan diri melalui pengorbanan jiwa dan perasaan di bumi barakah Darul Quran.. dan beralih kepada bermulanya ‘tamrin’ pembentukan kematangan fikrah, fikiran, fiqh wazan dan membuat keputusan di bumi Syam dan saya yakin siri-siri tamrin ini akan berterusan di sini untuk membentuk diri saya.. menyahut Hembusan Cinta Dataran Syam..

saya teringat kepada kata-kata Hassan Al-Banna
“ kebanyakan orang Mudah berkhayal, namun bukan lah semua khayalan yang terlintas diminda itu mampu diungkap dengan lisan,, berapa ramai pula yang mampu mengungkap dengan lisan namun tidak mampu menanggung beban jihad dan bekerja keras, Para mujahid yang merupakan orang pilihan Allah yang tidak berapa ramai adakalanya tersilap langkah dan tidak mencapai matlamat sekiranya tidak mendapat inayah Allah”

saya cuba mencari dimana kedudukan saya di dalam kata-kata ini..

saya menerima satu pesanan ringkas dari Ukhti Najian, seorang sahabiah seperjuangan dari Kelantan yang meminta tasyji’ untuk berkongsi supaya dikuatkan hati dan sebagainya, terlalu malu untuk saya menunaikan permintaannya, saya bukanlah orang yang selayaknya dan kehidupan saya bukanlah sesempurna yang disangka..

saya memohon ribuan kemaafan kepada ukhti, lemah lutut untuk saya berkongsi…

saya tidak seperti Abang Ihsan Fadhli yang saya menganggap seperti tutor untuk diri yang lemah ini, saya juga bukan Uwais Al-Qarny yang saya kira lebih layak untuk berkongsi..

secara mudah untuk saya sebutkan, pengorbanan itu adalah satu pinjaman…
pinjaman kepada Allah untuk dibalas dengan sebaik-baik balasan… (al-baqarah 245)
"Siapakah orangnya yang mahu memberi PINJAMAN KEPADA ALLAH, pinjaman yang baik (lagi ikhlas), Maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan."


Dengan bermatlamatkan untuk mencari redha Allah.. (al-baqarah 207)
"Dan Di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana MECARI KEREDHAAN ALLAH semata-mata: dan Allah pula amat belas kasihan hamba-hambanya"
(Maka melalui ayat ini juga Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh hartanya…)

Kerana jalan itu terlalu panjang dan sukar… (at-taubah 42)
"Seandainya apa yang kamu serukan itu adalah mudah dan perjalanannya dekat dan pasti mereka akan mengikuti mu, tetapi perjalanan itu AMATLAH JAUH LAGI MENYAKITKAN.."

Untuk kita diuji benar-benar beriman… (al-ankabut 2)
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka BELUM DIUJI?"

Kerana ini adalah satu perniagaan (as-saff 10-11)
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?#(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui"

Dan Hasilnya adalah sebaik-baik balasan yang dihitung atas perniagaan yang telah dilakukan..
"Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka BERGEMBIRALAH DENGAN JUAL BELI yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar"

Maka menangislah sehendaknya andai terasa pilu dalam kehidupan..
kerana air mata itu adalah untuk dialirkan, bukan sekadar membasahi wajah suram yang terluka..
namun menyuburkan jiwa yang meronta sebagai pujukan dari kekasih yang Maha Penyayang…

(bersambung…)

Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP