PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


MENJEMPUT BIDADARI…

>> Sunday, April 25, 2010


Bagi mereka yang mengenali mungkin mengetahui Terlalu sukar sebenarnya untuk saya berbicara dan bercakap-cakap ttg soal ini… namun saya merasakan ada perkara yang mendesak dan adanya ‘perlu’ untuk mengambil sedikit ruang dan memberi pencerahan ttg beberapa perkara..

saya sedikit ‘keganjilan’ dan ‘kepelikan’ dengan persoalan-persoalan TERLALU LAZIM yang diajukan kepada saya kebelakangan ini.. Faktor usia yang mencecah melebihi 2 dekad tidak menjadikan ianya satu faktor untuk mudah berlapang dada, ‘berseronok’ dan ‘menikmati’ dgn gurauan tersebut..


Benar.. masa yang meningkat dewasa kita menghadapi evolusi suasana dan culture yang agak berbeza, berhadapan dgn teman-teman yang ramai sudah ‘memiliki’, ada pula yang sudahpun menimang cahaya mata, di tambah taburan kad-kad jemputan perkahwinan dari teman sepermainan yang menjadi motivasi besar untuk kita rasa bersegera ‘menyertai’ mereka.. menjadikan kita rasa cukup ‘dewasa’ untuk ‘membahasakan cinta’ (atau mungkin membahasakan dosa) sebagai topik perbualan..

Ya.. kebarangkalian kita semua merasainya..

Tetapi perbualan dan percakapan yang pada dasar dan asalnya adalah satu perkara yang terlalu agung hingga dikatakan Al-Banna ianya mampu MEMBINA KHILAFAH, tapi terluncur dari mulut kebanyakan kita kini seolah2 ia adalah semudah melempiaskan nafsu dan seterusnya membuat sampah..! sampah di dalam jiwa..! sampah dalam agama..! sampah dalam masyarakat..! sampah dalam umat...!

Pertanyaan dan gurauan berbentuk SINIS..

‘nta bila nak kahwin? Boleh sabar lagi ke?’

‘nta dah berpunya belum?’

‘nta xrasa xnak bercinta ke, seronok taw?’

‘nta nak ana carikan untuk nta? Ana kasi yang baik punya’

‘nnt turn nta jangan lupa jemput kami, nak makan nasi minya nta pulak’

‘xd ke akhawat yang nta Impikan?, common lahh da besar kita nih’

‘ana tgk nta suka dekat **** kan? Bagitahu je lah dekat dia..ana pun blh tlg’

‘ada sorang akhawat ni minat dekat nta..nta xnk ke?, kalau anal ah mmg xlepas peluang lah’

Membuatkan saya merasa jemu dan terkadang kemerahan, ditambah lagi dengan adanya tawaran tidak diharap yang membuatkan jiwa saya semakin rungsing untuk berfikir dan lebih jauh melarikan diri.. atau dalam erti kata lainnya.. meluat dan tertekan….!

“OFF THE TOPIC atau Ana Ubarri’ Minkum.. (ana berkecuali dari antum)” menjadi lafaz isyarat yang cukup sinonim antara saya dan teman-teman.. SIGN dan petanda ianya perbualan yang tidak digemari untuk dipanjang2kan, (bukan diharamkan)..cukup berkadar pada titik yang perlu..

BUKAN SONGSANG atau ANTI

Duhai sahabat, bukanlah sifat ‘ANTI WANITA’ atau ‘SONGSANG’ atau berlagak ‘kedewaan’, kemalaikatan dan sewaktu dgnnya ingin dijaja disini.. namun berkenaan KEBRSIHAN JIWA dan FITRAH CINTA.. yang ada padanya MALU sebagai pakaian bagi MARUAH dan SEDIA sebagai dayung mengemudi BAHTERA..

Ya benar… FITRAH ada rasa KECENDERUNGAN untuk BERPASANGAN.. namun FITRAH itu juga menuntut MALU dan MARUAH untuk dijaga…!

Bukankah fitrah itu bersih lagi menyucikan..? kenapa perlu dikotorkan dengan menggugurkan rasa malu untuk berbicara ttgnya secara terang dan terbuka..? dan lebih menyedihkan menjadi bahan selorohan bersama teman-teman.. dimanakah sifat malu itu? Belum pula diungkit ttg ‘mereka’ yang berdua2an dgn pasangan sebelum pernikahan.. berabang-sayang yang dihalalkan Iblis.. berpimpin tangan dengan gayutan syaitan.. apakah sebenarnya yang dbanggakan pada saat itu?

sememangnya ada insan yang tidak menyenangi dgn sifat saya yang sentiasa ‘memandang keras’ , bersikap terlalu serius dan bermasam muka untuk bercakap tentang cinta dan hubungan kasih lelaki dan wanita.. namun saya terlalu yakin mereka yang amat hampir dgn saya TERLALU MENGERTI ttg mengapa dan sejarahnya saya bersifat sebegini..

saya pernah melihat sahabat yang menjadi ANAK DERHAKA kerana CINTA!! tidak kurang juga pada sahabat yang dulunya mempunyai jiwa TARBIAH, sentiasa berserban dan berjubah tetapi hari ini menjadi rosak TERLALU musnah kerana CINTA!!! saya juga ada berteman dengan mereka yang BERZINA kerana CINTA!! tidak lupa juga pada kawanyang pernah menggadaikan UKHUWAH, membelah PERSAUDARAAN ISLAM juga kerana CINTA!! tidak cukupkah ini menjadi peringatan kepada saya untuk menyampaikan INZAR dan PERINGATAN juga kerana CINTA...?! CINTA kepada Saudara sesama ISLAM..!

Saya memohon seinfiniti kemaafan andai coretan kali ini ada mengguris dan membuat sebahagian individu terluka..

namun sahabatku AKU MENCINTAI MU KERANA ALLAH.. dan KERANA CINTA kepada mu ini lah aku cuba menyampaikan FIRMANNYA.. untuk untuk kita sama rasa BERTUHAN, untuk kita menikmati keTAUHIDAN..

IBRAH MUSA MENDEPANI WANITA

Peliharalah kesucian hati dan diri kita, namun BUKAN dengan meNAFIkan atau mengHARAMkan sana dan sini..! tidak..! bukan itu yang saya ertikan.. Cuma kembali kepada ASAL dan kebersihan FITRAH mu..

FITRAH yang mengajar anak perempuan syuaib untuk berjalan dengan keadaan tersipu2 dan malu tatkala berhadapan nabi musa.. bukan fitrah yang direka-reka malunya dan menjadi perempuan GEDIK,GATAL dan JIJIK..

“ Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dalam keadaan kemalu-maluan, ia berkata: "Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami". (al-qasas : 25)”

Fitrah yang mengajar Musa untuk bersifat ‘gentle’ sebagai lelaki MUKMIN, bukan untuk diwayang-wayangkan,di PLAYBUAYA kan, di‘geli-geli’ kan atau berlagak HERO Melayu Terakhir kepada sang wanita..

“Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia men- jumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?" kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang Telah lanjut umurnya". (al-qasas : 23)

KESIMPULAN

Ayuhlah beriman sesaat..! peruntukkan sedetik untuk bermuhasabah dgn jiwa mu.. sedetik untuk ‘online’ dgn tuhan Mu.. dan cuba rasakan HANYA sedetik sahaja, betapa nikmat dan indahnya kembali pada asal Fitrah mu..

Ya Allah.. Kau persaksikan lah… Allahumma Amin…

p/s : bagi teman yang acapkali bimbangkan dan seringkali ajukan pertanyaan kepada saya.. terima kasih saya ucapkan.. =) antum membuatkan saya merasai ada juga individu yang prihatin dengan perkembangan diri saya.. jawapan untuk soalan lazim ‘nta dah berpunya ke?’ dan ‘bila nak kahwin?’ terjawab dalam post yang seterusnya.. (sila klik sini) khas untuk semua yang bertanya, saya juga manusia.. =)

saya merasakan terlalu zalim untuk masih sempat berfikir tentang perkara yang dikira masih belum penting ketika ini dan mementingkan soal peribadi.. sedangkan masih banyak tanggungjawab di luar yang perlu saya tanggung dan selesaikan masih belum tertunai..

“…Aku bukanlah LUQMAN yang hebat menasihati dan memberi peringatan.. Ralit gelita jalanku dulu pernah ada mengharapkan AL-QURAN, Ada sirna perdu jiwaku dulu, SUNNAH jua benteng sandaran, kini bukan jua ku menulis sekadar menggantung angan-angan, namun sekadar secicip usaha untuk menTAUHIDkan seorang insan, insan bernama hamba untuk kita sama kembali berTUHAN…”



Qhairy Mujahid,
Teratak Darul Muttaqin,
Dataran Syuhada, Mu'tah Jordan
0217 a.m

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP