PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN

>> Thursday, December 31, 2009

p/s :ARTIKEL INI DISUMBANGKAN KHAS OLEH PENULIS BAGI WARKAH, KHUSUS BUAT SELURUH WARGA PPMS

Melangkau lebih 2 dekad PPMS telah mengorak langkah, seharusnya kini kepemudaan yang diperolehi perlulah beriringan dengan kematangan yang sejajar, bukan sekadar kematangan dalam memandu arus dan halatuju persatuan semata-mata, namun jua kematangan dalam memilih dan mencorak dimensi PPMS itu sendiri, PPMS kini tidak sepatutnya lagi bersifat seperti lalang yang mengikut telunjuk angin yang akan membawa malapetaka, namun seharusnya kini layar yang perlu dipasak, taufan yang perlu diredah, kompas yang perlu dibina, kiblat yang perlu menjadi halatujunya, kepemudaan yang kini diperoleh diibaratkan seperti emas dan permata wajiblahlah dilaburkan dan ‘diniagakan’ dengan sebaik mungkin, maka kepemudaan ini jugalah yang sering didewa-dewakan dan dikultuskan oleh seluruh perdaban manusia, telah berkata Umar Al-Khattab ‘aku impikan untuk memiliki jiwa-jiwa pemuda, maka dengan jiwa-jiwa inilah akan ku mentadbir dunia!.


namun malangnya kini, apa yang diharapkan tidak seperti yang digambarkan, Bahtera PPMS yang lebih 2 dekad tersergam indah untuk membelah lautan samudera masih terdampar dan sekadar berjinak-jinak berlayar dipesisiran pantai, penantian para nakhoda silih berganti-ganti saban tahun lamanya, lautan penumpang terus memenuhi ruangan bahtera, namun kekurangan dan kekosongan yang maha dahsyat di posisi kepakaran kelasi dan anak kapal yang sanggup menjadi pendokong dan tunggak menjadi punca utama bahtera ini tidak mampu membelah samudera. Biarpun bahtera ini masih belum meneruskan pelayarannya seperti yang dirancang, namun para nakhoda yang silih bertukar ganti saban tahun ini tetap yakin dan percaya, tabah menanti, diiringi harapan dan doa, bahawa suatu hari nanti PASTI! akan hadir segerombolan kelasi dan anak kapal yang akan bersama-sama menyumbang tenaga untuk terus kita berlayar mencapai kegemilangannya. Maka Golongan yang diharap2kan itulah para ahli Persatuan Pelajar Malaysia Syria yang sekalian lama menjadi penumpang bahtera ini.


Krisis yang berlaku bukanlah perkara yang baru, malah telah diwarisi, menjadi tradisi, sebati dalam jati diri di dalam hati dan jiwa pengucap Kalimah LA ILA HAILLALLAH itu sendiri. Apakah hanya ini yang kita warisi setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyah? Apakah kita menjadi petanda kemunduran dan kehancuran jemaah islamiah? Benarkah kitalah pewaris golongan ulama’ yang bakal menjunjung risalah?


“..Sesungguhnya Allah menyintai (hamba-hamba) yang berjuang di jalan-Nya dalam satu barisan bagai satu bangunan yang tersusun.. Al-Hujurat : 4”


PPMS yang telah diwujudkan sekian lama adalah sebagai satu wadah perjuangan untuk menjana kebajikan dan mewujudkan keSATUan ahli bagi memperjuangkan Islam itu sendiri, seperti mana air yang memerlukan bekas untuk ianya mudah digunapakai, maka begitulah PPMS yang cuba menjadi salah satu bekas kepada ISLAM bagi memproduktivikan ulama’ dan menterjemahkan Islam dalam bentuk yang syumul. Namun apa yang terjadi ‘lambakan bekas’ yang terwujud setelah kelahiran PPMS ini sedikit sebanyak telah menganggu gugah kelancaran dan visi per SATUan dan keSATUan yang ingin dibawa, perpecahan tenaga kerja ‘amilin yang sepatutnya bekerjasama di dalam satu wadah dan bekas yang sama telah ternoda kerana berlakunya firqah-firqah didalam kesatuan, yang menjadi asbab utama seluruh bekas-bekas yang ada tampak mundur dan tidak bermaya, simptom-simptom ini telah menjadi satu virus penyakit yang terlalu kronik bagi Persatuan Pelajar Malaysia Syria yang merupakan induk kepada seluruh pelajar malaysia di syria.


Perbezaaan visi dan misi, hadaf dan matlamat, kesamaran dalam mengenal usul dan furu’, perselisihan penyelarasan antara induk dan kompenen ditambah pula dengan lambakan individu yang mengamalkan budaya ananiyah dan ‘ aku tidak pedulisme’ mewujudkan satu fenomena menempah maut menanti reput.


Demam kepincangan yang menimpa PPMS sekian lama, telah diusahakan penawarnya dari seluruh penjuru yang terdaya, namun sehingga kini antibotik yang digunakan masih gagal memberi tanda penyembuhan, namun satu ‘penawar lagenda’ yang sering diwar-warkan mampu mengubat seluruh permasalahan yang berlaku masih terus diusahakan untuk direalisasikan, namun malangya ‘ramuan utama’ kepada penawar lagenda tersebut masih juga belum diperoleh. Maka ramuan itulah huluran tangan dan bantuan dari seluruh ahli PPMS.


Dalam menyediakan penawar inilah barisan PPMS tahun ini dengan ini dengan berbesar hatinya mula mengorak langkah awal mengerah seluruh tenaga dari segenap kemampuan dan posisi yang terdaya bagi menyediakan fasiliti, ruang, ramuan tambahan berbentuk program-program kesatuan, penyatuan portfolio dan gerak kerja, pengecilan skop lajnah dan sebagainya bagi memastikan penawar yang masih dibina ini akan membawa hasil dan menyembuhkan penyakit yang sekian lama ditanggung. Maka setelah segenap kemampuan telah diusahakan sebagai langkah awal kepada sebuah perubahan dan kesatuan, Barisan PPMS terus masih mengharap kepada semua ahli untuk sama menghulurkan ‘ramuan utama’ berbentuk huluran tangan, pertolongan dan tenaga kerja.


Adalah diharapkan usaha yang dilakukan ini mampu menjadi jalan penyelesaian yang paling konkrit dan utuh, moga dengan perpaduan ini PPMS dapat bergerak mampu untuk menjadi setanding dan setaraf dengan rakan seperjuangannya seperti GAMIS dan PMRAM, apatah lagi badan ini mempunyai lambakan produktiviti ulama’ muda untuk dibentuk ,dikaderkan dan dihantar berpencak di tanah air Malaysia, moga dengan usaha inilah PPMS berjaya mencetak ULAMA’ NEGARAWAN BERMINDA KHALIFAH.


Ayuh Bersama kita menyahut lantas mendokong tema PPMS 2010 kali ini, bersama-sama kita “PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN”!


“Berkata Nabi Muhammad S.A.W : sesungguhnya Bani Israel telah membunuh ramai dari kalangan anbiya’, maka setiap kali mereka membunuh satu nabi maka Allah akan menggantikan dengan nabi yang lain, dan sesungguhnya tiada nabi selepas dari aku, dan akan terdapat khulafa’ (jemaah) yang terlalu banyak, berkata para sahabat : apakah yang akan engkau arahanmu kepada kami Ya Rasulullah? Berkata baginda Nabi : bersamalah dan berbaiahlah kamu di dalam jemaah yang paling awal dan paling utama”

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP