PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


3 Minit terakhir sebelum 19 Oktober : Memori Yang Menggamit Hati.

>> Tuesday, October 20, 2009

18 oktober tahun ini merakam detik yang cukup menggamit hati buat saya, detik yang saya kira cukup indah untuk mengimbau kenangan-kenangan bersama adik beradik seperjuangan di Bumi Barakah Darul Quran satu ketika dahulu….

Bukanlah kegembiraan menyambut ulang tahun kelahiran yang saya ertikan, namun kemilau tautan ukhuwah yang menjengah satu demi satu di kolam nurani lantas mengukir senyuman di bibir dan mutiara putih yang bertaburan di tebing mata..



Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menghantar doa-doa kepada saya melalui pesanan ringkas, email, YM dan sebagainya, terima kasih kepada mereka yang tetap mengingati dan mendoakan saya…

Saya kira mungkin perkongsian saya pada kali ini lebih sebagai pengubat jiwa dan
kerinduan yang terpendam jauh di lubuk hati..

Saya langsung tidak menjangkakan untuk menerima sebarang kejutan pada tahun ini, apatah lagi kesibukan-kesibukan yang menjengah kami di bumi syam agak membataskan waktu untuk menumpukan perhatian pada perkara-perkara yang di kira agak remeh..

Usai mesyuarat JAPEM-PPMS yang dibatalkan saya melangkah pulang untuk merehatkan badan, letih seharian berhempas pulas menyelesaikan kerja-kerja tertangguh dan jadual seharian, ditambah dengan perut yang agak kelaparan,

jarum jam menunjukkan kira-kira 11.37 p.m sewaktu melabuhkan badan di kamar, ceramah Ust.Shamsuri “ memperkasakan ulama’ “ dialunkan serentak badan direbahkan, mata dipejam menanti lelap…………………..

Pintu bilik diketuk beriring sahutan dari Abdullah.. “khairy jom makan jom..”, perut yang berkeroncong memotivasikan diri yang letih untuk bangun, berjalan menuju ke bilik azan..
“HAPPY BIRTHDAY…!!!!” serentak ucapan dialunkan.
Terima kasih pada azan,azrif,syahmi,a.idham dan Abdullah…




saya tersenyum keharuan, badan yang keletihan bagai debu yang bisa diterbang angin yang lalu.. “khairy, cepat bagi wish sikit.. tinggal 3 minit lagi nak masuk kul 12 habis tarikh besday (19 Oktober)” azan mengucapkan kata lalu.. saya menyampaikan kata-kata ringkas diselangi ucapan terima kasih.. jiwa yang amat terharu kerana masih bisa mengulangi memori di Darul Quran di Bumi Syam..

Potongan-potongan Syawarma tersusun cantik di atas pinggan…

Aiskrim katok (handmade) terhidang di alas…

Air Botol buat penghilang dahaga…

Mushroom sup istimewa masakan special oleh azan…

Ringkas dan sederhana.. namun teramat-amat bermakna buat saya, terlalu bermakna.. saya memahami keperitan hidup yang dilalui oleh kami disini,

kekangan kewangan yang cukup terbatas…

nasi yang dijamah hanya sekali sehari, sehingga terkadang kelaparan dan terpaksa mengikat perut hingga keesokan hari…

hanya kaki menjadi ‘kenderaan’ utama untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat…

berjalan kaki yang kira mencecah kilometer setiap hari…

bayaran sewa rumah yang agak memeritkan…

kos hidup yang dikira cukup tinggi untuk ditanggung…

perbelanjaan harian yang amat-amat perlu dibataskan…

semua itu cukup membuatkan saya mengerti, dan mengajar saya untuk menghargai…

apa pun bukan hidangan yang dijadikan ukuran, namun ingatan itu lebih bermakna pada saya, apa yang pasti majlis ini diadakan semampunya oleh sahabat2 saya walau dalam keadaan kewangan yang agak terdesak.. majlis yang serba ringkas ini membuatkan saya terimbau kenangan2 manis yang lalu.. kenangan menyambut ulang tahun hari lahir bersama sahabat-sahabat di darul quran yang cukup mengujakan…

berbagai teknik, rancangan dan skil dirangka semata-mata untuk memberi kejutan pada adik beradik yang diraikan…




masih teringat kenangan saya di Darul Quran bersembunyi di atas bumbung dan bergantungan di tingkap untuk sekian waktu bersama a.ihsan pada jam 12 malam utk menjayakan ‘plan sergah’…

ada pula yang bersembunyi di bawah katil dan di dalam almari…

ada yang bersembunyi di dalam stor dan bilik air..

ada ketika sengaja tidur beramai-ramai dan bersembang tatkala adik beradik yang
diraikan menyampaikan tazkirah..

ada waktu pura-pura bergaduh dan memarahi adik beradik yang diraikan..

ada ketika menjalankan ‘plan pulau ramai2’..

kadang-kadang sengaja pula membuat pakatan untuk lupakan tarikh lahir dan langsung tidak diucapkan selamat hari lahir sehingga berhari2..

namun semua perancangan akan terdedah bila detik 12 malam datang menjengah…

satu kenangan yang cukup-cukup indah yang mampu untuk membuatkan saya tersenyum sendiri, masih punya sebuku harapan di hati untuk kenangan-kenangan ini diputar kembali direalisasikan..

kenangan bersama adik beradik yang cukup banyak untuk di imbau..

pehimpunan di telaga gau untuk memecah kejahilan, barbeque di tepi tasik DQ, le tour de Malaysia dalam masa 2 hari utk mengumpul tazkiah, beralih kepada kembara bersama ke 2 tanah haram (mekah & madinah), kenangan di janda baik, semua meninggalkan kesan dan kenangan.. juga ada meninggalkan luka yang cukup2 dalam sehingga ke hari ini belum dapat diubati..


Namun hari ini masih satu realiti untuk di hadapi berbekal kenangan yang lalu, berpisah untuk mencapai matlamat dan hala tuju masing-masing setelah 3 tahun dipatrikan bersama, kini berpisah dan bertebaran di seluruh dunia untuk menterjemahkan baiah dalam bentuk yang lebih luas..

Hijrah untuk mencari makna sebuah kehidupan..

A.ihsan, Syaukani, Hayyi, Rahim, Amir, Firdaus, Muhammad Isa menyambut kerinduan bau Pohon Tin di tanah Jordan..

Nasirin dan Tarmizi menjadi tetamu Tanah Haram Madinah Al-Munawwarah..

Ashraf, Ridzuan Azmi, Yusran kini di Mesir Bumi Kinanah..

Zulkifli, A.Mahmud, Fakhrurazi dan Syafiq masih berteguh di Malaysia..

Ridzwan Aziz di Indonesia..

Saya dan Azan menyambut Hembusan Cinta Dataran Syam, mengutip mutiara di bumi yang
dijanjikan..

3 minit terakhir sebelum 19 Oktober tahun ini cukup mengharukan, 3 minit yang cukup membuatkan saya rasa gembira serentak dalam kesedihan.. 3 minit yang berbaki dan berkesempatan untuk saya mengirim tulus doa rabithah kepada seluruh adik beradik seperjuangan..3 minit yang memaknakan segala-galanya..

Ulang tahun kali ini saya punya satu harapan, pengharapan untuk saat-saat indah ini berulang bersama teman-teman lama ataupun pengharapan untuk kembali membina saat2 itu di hari kemudian bersama teman-teman baru.. apa yang pasti saya masih mengharap kepada SAAT-SAAT ITU..
Buat adik seluruh adik beradikku..hanya doa mampu untuk ku kirimkan sebagai tanda ingatan.. pendorong penguat jiwa, dalam melayar bahtera dan menyinari kehidupan.. moga ikatan ini terpatri selamanya hingga kita lagi bertemu di medan yang seterusnya… medan yang sebenar.. ku nantikan kalian di persada realiti..





Ya Allah..

Sesungguhnya Engkau tahu, bahawa rijal-rijal ini telah hadir dari seluruh pelusuk negeri,
Bertemu dan Bersatu di Bumi Barakah Darul Quran…
Bertaut kasih dan Cinta juga kerana kalam Mu Al-Quran..
Rijal-rijal ini juga telah berbaih di atas satu lafaz janji dengan nama Mu..
Berjuang dan berkorban hanya untuk memartabatkan kalimah Mu…
Terkorban dan Merana untuk memperoleh kasih dan redha Mu..

Engkau jugalah yang menjadi saksi kepada episod ukhuwah dan perjuangan ini..
Dan kini jiwa-jiwa ini terpisah dan bertebaran di seluruh dunia juga hanya kerana Agama Mu..

Ya Allah sesungguhnya rijal-rijal ini ingin menagih janji Rasul Mu,
Untuk beroleh lindungan Arasy dari mu..
Kerana jiwa-jiwa ini bertemu dan berpisah hanyalah kerana Mu..

Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau tahu..
Bahawa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan Cinta Mu,
Bertemu dalam ketaatan..Bersatu dalam perjuangan..
Menegakkan syariat dalam kehidupan..
Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya…
Terangilah dengan cahaya Mu yang tiada penah padam,
Ya Rabbi bimbinglah kami..

Rapatkanlah dada kami dengan kurnia Iman dan Indahnya Tawakal pada Mu..
Hidupkan dengan makrifat mu.. Matikan dalam syahid di jalan Mu..
Engkaulah pelindung dan pembela…
Amin Ya Allah..Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

“Bukanlah aku Abu Bakar yang pernah mengorbankan nyawa di Gua Thur , Namun inginku menjadi Uwais Al-Qarny yang dijanjikan Syurga kerana Sketsa Cinta pada seorang Teman dan Rasul-Nya.. “

2 comments:

awan ^ biru October 31, 2009 at 2:40 PM  

sedih,,

amikla byk2 gambar bumi syam,,nk tgk,,

Raisul Fadhla Bin Safiruddin December 30, 2009 at 7:56 PM  

Sejuk dan sayu hati ana membaca kisah ukhuwah adik-adik ni.

...semua meninggalkan kesan dan kenangan.. juga ada meninggalkan luka yang cukup2 dalam sehingga ke hari ini belum dapat diubati...

Cubalah sedaya upaya untuk senantiasa memaafkan sesiapa sahaja. Kerana sekiranya kita boleh dengan mudah memaafkan orang lain, semoga Allah beserta makhluknya pun yang lain pun boleh memaafkan kita dengan mudah.

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP