PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


Bila Mad’u Pasca Playstation bertemu Da’ie Pasca Volkswagon..

>> Thursday, December 31, 2009

“abang, kalau usrah minggu depan kita semua pegi Bowling nak x?” cadang seorang ahli usrah pada Naqib nya. “ish nta ni, usrah ni benda agamalah.. bukan benda main-main, main bowling tu cenderung pada maksiat, tapi yang kita berusrah ni ibadat, jangan campurkan hak dan batil.. HARAM HUKUMNYA! Bagi cadangan yang bernas sikit, buat majlis zikir-zikir ke, halaqah quran ke, tazkirah mingguan ke itu barulah USRAH IBADAT dan BERKAT!!” ‘kebengangan’ dan respon kontradik si naqib terhadap cadangan yang diberikan..



“kamu ni syahidan!! mengadap internet hobi kamu..??? apa kamu fikir internet tu boleh beli tiket online masuk Syurga?? Banyak maksiat je dalam internet tu nak dibandingkan ibadat..kamu kena tukar hobi kamu ni, banyak mengadap Al-Quran kan bagus!” bergelora jiwa si pelajar menerima bebel ‘justifikasi’ dan ‘saranan’ si ustaz..

“Kung-Fu Panda n Naruto pun nta layan??? Memang nta ni berfikrah kartun lah, cuba anta ambil filem dalam hardisk ana ni, cerita Imam Syafie, Imam Malik, Bilal bin Rabah, Ashabul Ukhdud, macam ni baru la ISLAMIK!!, jangan doktrin pemikiran kita dgn budaya westernisasi..”, ‘tazkirah santai’ si farhan pada si roomate..


Da’ie ‘bijak’ membuat justifikasi dan hukuman, Kreatif mencari ruang-ruang kesalahan sasaran untuk dijadikan modal Islah dan Dakwah, keupayaan mentakhrij hukum di lapangan medium dakwah kadang membuatkan diri terasa ‘akulah da’ie muslim teristimewa’ atau ‘akulah ikon pendakwah dunia’.. hikmahnya seolah-olah terbang, kononnya Al-Quran dan Sunnah itu yang dipegang.. lancar lidah mengeluarkan perintah hukum mati, tanpa sedikitpun berbaur empati.

A.M.A.N.A.H.M.U

A.M.A.N.A.H.M.U (Amar Makruf Nahi Mungkar), benar sekali ia sememangnya tanggungjawab bersama. Perkara yang menjurus kepada maksiat sememangnya perlu untuk dijauhi, Perintah Allah dan Ajaran Rasul untuk ‘menjemput’ sasaran menjauhi perkara-perkara yang bersifat terlalu keduniaan pasti ada hikmahnya, ada jua caranya. Allah Taala memerintahkan agar Amar Makruf Nahi Mungkar itu dilakukan bukan hanya sekadar dengan ARAHAN dan HUKUMAN, namun ianya PAKEJ LENGKAP dengan JALAN KOMUNIKASI dan HIKMAH bagaimana untuk memberi jemputan.

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan HIKMAH dan NASIHAT YANG BAIK dan BANTAHLAH MEREKA DENGAN CARA YANG BAIK. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” An-Nahl : 125

Hikmah itu baik, nasihat juga teramat baik, berbantah juga memerlukan cara yang baik namun terus menerus menghukum bukanlah cara yang terbaik. lalu Hassan Al-Banna berkata ‘Kita adalah ‘penjemput’ bukan penghukum’

Dunia dan Materialistik itu ibarat rokok dan dadah ketagihan, pantang dicuba amat sukar sekali untuk meninggalkannya, apatah lagi bila menjadi sebati dengan jati diri. Justeru bukan sekadar dunia itu menjadi topik utama, namun jalan-jalan mendekatinya jua perlu berhati-hati dipilih agar tidak lemas didalamnya.

Namun terkadang semangat A.M.A.N.A.H.M.U yang membuak-buak di dalam diri Da’ie Pasca Volkswagon membuatkan mereka begitu emosional dan tidak mampu beradaptasi dengan HIKMAH dan keadaan semasa, menyerang Mad’u Pasca Playstation bagaikan menghukum pesalah Mandatori hukuman Mati!

Salah si mad’u bukanlah SUBJEK UTAMA yang memerlukan perdebatan panjang si da’ie, apatah lagi HARAM itu jelas dan HALAL itu jelas, adakala hukum yang lain jua perlu diambil kira kesesuaiannya selain hukum yang dua (HARAM dan HALAL)

Persoalannya apakah bowling, kung-fu panda, naruto, internet itu menjadi masalah utama (Prime Problem)? Atau sekadar masalah yang diada-ada (Presenting Problem)? Bukankah bowling,kungfu panda dan sebagainya itu sekadar kemuncup dalam permasalahan? (Nonsense Problem)? Tinggalkan simptom-simptom permasalahan dan berusahalah memberi KEFAHAMAN..

Mad’u Pasca Playstation memerlukan Da’ie yang melihat sesuatu yang terSIRAT di sebalik yang terSURAT, bukan dengan melepas kemarahan demi kemarahan, membaham melalui jalan kotor SMS, YM, Email dan Chatbox, mengherdik kiri dan kanan, mengisytiharkan ‘perang malaikat dan syaitan’, mengalun kemarahan dengan kemarahan, menghukum dengan mandatori hukuman.

Ketepikanlah sentimen mandatori, Memberilah dengan nilai empati.. melihat permasalahan di luar kotak bukanlah apa yang sekadar terlintas di dalam otak.. autopsylah apa yang terpendam didasar hati mereka, bukan mengenggam apa yang sekadar terlintas di mata.
Usahlah memberi tekanan dengan kata-kata ‘motivasi’ yang membuatkan mereka untuk terus bergelumang di jalan dosa, tetapi binalah hubungan dan perlihatkan mereka bahawa disini kita ingin menyediakan Syurga Impian, Diane Lemons di dalam Chicken Soup for the Teenage Soul menyebut :

“..I would do less Correcting and more Connecting..”
“..saya akan kurang melakukan teguran (memberi tekanan) dan saya akan lebih melakukan perhubungan/persahabatan (memberi kefahaman)..”

UBAHKU UBAHMU JUA, KASIHKU KERNA AMANAHMU JUA.

A.M.A.N.A.H.M.U itu bukan berorientasi di dalam perkataan MENCEGAH sahaja, namun memerlukan kepada apa yang disebut sebagai MENGUBAH.
UBAHlah mereka kepada kebaikan, BUKAN MENCEGAH! , PINDAHkan mereka kepada kebenaran, BUKAN MENYANGGAH!.

“Dari Abu Said Al-Khudri beliau berkata : aku telah mendengar Rasulullah bersabda : seandainya sesiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengUBAHnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka hendaklah dia mengUBAH dengan lisannya. Dan seandai masih juga tidak mampu hendak (diUBAH/dikecam) dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman” Hadis Riwayat Muslim

Zina itu perkara yang haram, maka diUBAH dengan perkahwinan, Riba itu haram maka, diUBAH dengan jual beli, Arak itu juga haram maka diUBAH dengan susu dan madu. Begitulah Islam menetapkan, formula teori yang seharusnya diguna

Protes dan kontradik Mad’u Pasca Playstation lazimnya adalah kerana ‘gajet dan aksesori’ yang digunapakai Da’ie Pasca Volkswagon tidak ‘compatible and suitable’ dengan keadaan semasa, walaupun kita mempunyai satu produk yang terbaik yakni Al-Quran, namun malangnya kita ketandusan promoter-promoter yang baik yakni Da’ie.

Kebrobokan yang berlaku di dalam institusi diri mad’u adalah kerana kegagalan sistem pertimbangan yang terdoktrin di dalam ‘akidah’ jati diri mereka dan dominasi ‘tabiat memandu’ yang telah bertunas dan berakar tunjang sejak sekian lama didalam diri mereka, mengubah ‘akidah’ dan mencantas ‘akar tunjang’ bukan lah semudah menyebar kata nista dan amarah, atau semudah menyapu sampah!

Justeru wahai da’ie, nilailah kembali kerelevenan ‘volkswagon’ mu, Longgarkanlah belenggu-belenggu yang mengikat da’ie mu, seharusnya engkau menerima sebelum memberi, bersihkanlah dari dalamnya sebelum membentuk yang luarnya (inside-out), fahamilah jiwa sebelum mengucap kata yang mengundang bencana dan nista!

UBAHLAH PENDEKATAN MU, MAKA AKAN TERUBAHLAH DIRIKU, TERIMALAH KASIHKU KERNA KU TAHU ITU AMANAHMU..

“berbicaralah dengan manusia melalui kadar kefahaman mereka-Saidina Ali R.A”

WIN-WIN SITUATION

Tugas Menghambakan jiwa hamba adalah satu agenda yang terlalu agung, seagung namanya begitulah sesukar tugasnya, sesukar tugasnya begitulah memerlukan sebanyak metod dan manhajnya. Dan dengan manhaj yang kaya inilah ianya mampu mengubah diri mad’u untuk melihat hidup ini sebenarnya adalah sebuah kehambaan diri pada Allah s.w.t.

Sedarlah, halangan, Amarah dan tintah perintah keterlaluan yang termuntah dari lidah tidak bertulang itu bukanlah JALAN SINGKAT untuk mereka mengenal tuhan, tetapi ianya jalan singkat untuk mereka lebih jauh meninggalkan tuhan.

Biarlah langkah kita berdengket-dengket, namun ia masih mudah untuk digigit. Berbanding mengambil jalan shortcut, kita kan terus ditinggal tanpa syarat!

Wahai si daie..

Teruskan langkahmu dalam berdakwah, namun perbaikilah juga ‘volkswagon’ mu yang bermasalah, jangan melihat ‘playstation’ itu sebagai punca masalah, namun cuba perkayakan dirimu dengan hikmah.

Lapangkan hati, ikhlaskan niat, jalankan dengan hikmah.. dan yang utama sedarlah segala-galanya adalah kerana Allah, bukan kerana amarah..

“ Maka berilah peringatan, Karena Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan. bukanlah Kamu orang yang berkuasa memaksa mereka (menerima peringatan)” al-ghassiyah 21-22

“Maka dengan rahmat Tuhan Mu, berlemah lembutlah terhadap mereka, sekiranya engkau bersikap keras hati dan kasar pasti mereka akan menjauhkan diri dari Mu, oleh itu maafkanlah mereka dan mohonkan keampunan kepada mereka...” al-imran ayat 159

Read more...

PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN

p/s :ARTIKEL INI DISUMBANGKAN KHAS OLEH PENULIS BAGI WARKAH, KHUSUS BUAT SELURUH WARGA PPMS

Melangkau lebih 2 dekad PPMS telah mengorak langkah, seharusnya kini kepemudaan yang diperolehi perlulah beriringan dengan kematangan yang sejajar, bukan sekadar kematangan dalam memandu arus dan halatuju persatuan semata-mata, namun jua kematangan dalam memilih dan mencorak dimensi PPMS itu sendiri, PPMS kini tidak sepatutnya lagi bersifat seperti lalang yang mengikut telunjuk angin yang akan membawa malapetaka, namun seharusnya kini layar yang perlu dipasak, taufan yang perlu diredah, kompas yang perlu dibina, kiblat yang perlu menjadi halatujunya, kepemudaan yang kini diperoleh diibaratkan seperti emas dan permata wajiblahlah dilaburkan dan ‘diniagakan’ dengan sebaik mungkin, maka kepemudaan ini jugalah yang sering didewa-dewakan dan dikultuskan oleh seluruh perdaban manusia, telah berkata Umar Al-Khattab ‘aku impikan untuk memiliki jiwa-jiwa pemuda, maka dengan jiwa-jiwa inilah akan ku mentadbir dunia!.


namun malangnya kini, apa yang diharapkan tidak seperti yang digambarkan, Bahtera PPMS yang lebih 2 dekad tersergam indah untuk membelah lautan samudera masih terdampar dan sekadar berjinak-jinak berlayar dipesisiran pantai, penantian para nakhoda silih berganti-ganti saban tahun lamanya, lautan penumpang terus memenuhi ruangan bahtera, namun kekurangan dan kekosongan yang maha dahsyat di posisi kepakaran kelasi dan anak kapal yang sanggup menjadi pendokong dan tunggak menjadi punca utama bahtera ini tidak mampu membelah samudera. Biarpun bahtera ini masih belum meneruskan pelayarannya seperti yang dirancang, namun para nakhoda yang silih bertukar ganti saban tahun ini tetap yakin dan percaya, tabah menanti, diiringi harapan dan doa, bahawa suatu hari nanti PASTI! akan hadir segerombolan kelasi dan anak kapal yang akan bersama-sama menyumbang tenaga untuk terus kita berlayar mencapai kegemilangannya. Maka Golongan yang diharap2kan itulah para ahli Persatuan Pelajar Malaysia Syria yang sekalian lama menjadi penumpang bahtera ini.


Krisis yang berlaku bukanlah perkara yang baru, malah telah diwarisi, menjadi tradisi, sebati dalam jati diri di dalam hati dan jiwa pengucap Kalimah LA ILA HAILLALLAH itu sendiri. Apakah hanya ini yang kita warisi setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyah? Apakah kita menjadi petanda kemunduran dan kehancuran jemaah islamiah? Benarkah kitalah pewaris golongan ulama’ yang bakal menjunjung risalah?


“..Sesungguhnya Allah menyintai (hamba-hamba) yang berjuang di jalan-Nya dalam satu barisan bagai satu bangunan yang tersusun.. Al-Hujurat : 4”


PPMS yang telah diwujudkan sekian lama adalah sebagai satu wadah perjuangan untuk menjana kebajikan dan mewujudkan keSATUan ahli bagi memperjuangkan Islam itu sendiri, seperti mana air yang memerlukan bekas untuk ianya mudah digunapakai, maka begitulah PPMS yang cuba menjadi salah satu bekas kepada ISLAM bagi memproduktivikan ulama’ dan menterjemahkan Islam dalam bentuk yang syumul. Namun apa yang terjadi ‘lambakan bekas’ yang terwujud setelah kelahiran PPMS ini sedikit sebanyak telah menganggu gugah kelancaran dan visi per SATUan dan keSATUan yang ingin dibawa, perpecahan tenaga kerja ‘amilin yang sepatutnya bekerjasama di dalam satu wadah dan bekas yang sama telah ternoda kerana berlakunya firqah-firqah didalam kesatuan, yang menjadi asbab utama seluruh bekas-bekas yang ada tampak mundur dan tidak bermaya, simptom-simptom ini telah menjadi satu virus penyakit yang terlalu kronik bagi Persatuan Pelajar Malaysia Syria yang merupakan induk kepada seluruh pelajar malaysia di syria.


Perbezaaan visi dan misi, hadaf dan matlamat, kesamaran dalam mengenal usul dan furu’, perselisihan penyelarasan antara induk dan kompenen ditambah pula dengan lambakan individu yang mengamalkan budaya ananiyah dan ‘ aku tidak pedulisme’ mewujudkan satu fenomena menempah maut menanti reput.


Demam kepincangan yang menimpa PPMS sekian lama, telah diusahakan penawarnya dari seluruh penjuru yang terdaya, namun sehingga kini antibotik yang digunakan masih gagal memberi tanda penyembuhan, namun satu ‘penawar lagenda’ yang sering diwar-warkan mampu mengubat seluruh permasalahan yang berlaku masih terus diusahakan untuk direalisasikan, namun malangya ‘ramuan utama’ kepada penawar lagenda tersebut masih juga belum diperoleh. Maka ramuan itulah huluran tangan dan bantuan dari seluruh ahli PPMS.


Dalam menyediakan penawar inilah barisan PPMS tahun ini dengan ini dengan berbesar hatinya mula mengorak langkah awal mengerah seluruh tenaga dari segenap kemampuan dan posisi yang terdaya bagi menyediakan fasiliti, ruang, ramuan tambahan berbentuk program-program kesatuan, penyatuan portfolio dan gerak kerja, pengecilan skop lajnah dan sebagainya bagi memastikan penawar yang masih dibina ini akan membawa hasil dan menyembuhkan penyakit yang sekian lama ditanggung. Maka setelah segenap kemampuan telah diusahakan sebagai langkah awal kepada sebuah perubahan dan kesatuan, Barisan PPMS terus masih mengharap kepada semua ahli untuk sama menghulurkan ‘ramuan utama’ berbentuk huluran tangan, pertolongan dan tenaga kerja.


Adalah diharapkan usaha yang dilakukan ini mampu menjadi jalan penyelesaian yang paling konkrit dan utuh, moga dengan perpaduan ini PPMS dapat bergerak mampu untuk menjadi setanding dan setaraf dengan rakan seperjuangannya seperti GAMIS dan PMRAM, apatah lagi badan ini mempunyai lambakan produktiviti ulama’ muda untuk dibentuk ,dikaderkan dan dihantar berpencak di tanah air Malaysia, moga dengan usaha inilah PPMS berjaya mencetak ULAMA’ NEGARAWAN BERMINDA KHALIFAH.


Ayuh Bersama kita menyahut lantas mendokong tema PPMS 2010 kali ini, bersama-sama kita “PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN”!


“Berkata Nabi Muhammad S.A.W : sesungguhnya Bani Israel telah membunuh ramai dari kalangan anbiya’, maka setiap kali mereka membunuh satu nabi maka Allah akan menggantikan dengan nabi yang lain, dan sesungguhnya tiada nabi selepas dari aku, dan akan terdapat khulafa’ (jemaah) yang terlalu banyak, berkata para sahabat : apakah yang akan engkau arahanmu kepada kami Ya Rasulullah? Berkata baginda Nabi : bersamalah dan berbaiahlah kamu di dalam jemaah yang paling awal dan paling utama”

Read more...

Nikmat Kerahsiaan yang Menghakis Iman

>> Sunday, December 27, 2009

Keunikan medan internet, ialah pada kemudahan menyembunyikan identiti. Kita boleh menulis, memuji, mengkritik, malah menghina dan memfitnah, tanpa perlu bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis. Adakalanya apa yang ditulis itu sangat besar kesannya hingga boleh mencetuskan mudarat ke atas mangsa. Tetapi pemangsa tidak perlu peduli tentang hal itu kerana identitinya selamat terselindung, terutamanya apabila komen ditulis dengan identiti dan email yang tidak benar, atau menggunakan perkhidmatan hosting blog percuma seperti di Blogspot dan Wordpress.

Bercakap sesuka hati di internet di sebalik penyamaran identiti memberikan satu bentuk kebebasan yang hampir tidak pernah dikecapi di sepanjang sejarah manusia. Biar pun setiap negara mempunyai akta-akta yang digubal untuk menguruskan kebebasan ini, ruang terbuka yang bebas lagi percuma itu terlalu gergasi untuk ditundukkan oleh sebarang bentuk kawalan.

(post ini diambil dari saifulislam.com, saya kira banyak ibrah dan khibrah bagi mereka yang rasa beriman dan rasa bertuhan.. justeru sengaja saya lampirakan sekali lagi untuk tatapan pembaca dana muhasabah kita bersama)

“Macam Abu Saif sendiri pun pengunjungnya juga bukan semua sukakannya. Ada yang meluat bila nampak nak tunjuk terlebih pandai..serba serbi tahu. Itulah hakikatnya, banyak blogger sekarang menulis pun niat tak betul, nak popular… tunjuk bagus.. Pembaca menilai ikut naluri masing-masing… adakala tepat adakala prejudis. Saya sendiri pun adakalanya begitu bila membaca blog ini (Ummusaif.Com) dan Saifulislam.Com. Sesetengah topik jadi meluat. Bukan sengaja nak meluat… tapi naluri timbul sendiri hasil dari pembacaan…ramai yang begitu.” - petikan komen di Ummusaif.Com.



Saya tidak berhajat mahu memberi sebarang ulasan tentang isi kandungan komen di atas. Komen seperti ini datang hampir setiap hari.
Tetapi apa yang ingin disentuh adalah tentang satu persoalan yang boleh menjadi titik muhasabah buat diri saya dan kita semua.
Seandainya penulis komen itu berdiri di hadapan saya, apakah beliau akan bercakap perkara yang sama dengan telus seperti itu?

IDENTITI TERSEMBUNYI

Keunikan medan internet, ialah pada kemudahan menyembunyikan identiti. Kita boleh menulis, memuji, mengkritik, malah menghina dan memfitnah, tanpa perlu bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis. Adakalanya apa yang ditulis itu sangat besar kesannya hingga boleh mencetuskan mudarat ke atas mangsa. Tetapi pemangsa tidak perlu peduli tentang hal itu kerana identitinya selamat terselindung, terutamanya apabila komen ditulis dengan identiti dan email yang tidak benar, atau menggunakan perkhidmatan hosting blog percuma seperti di Blogspot dan Wordpress.

Bercakap sesuka hati di internet di sebalik penyamaran identiti memberikan satu bentuk kebebasan yang hampir tidak pernah dikecapi di sepanjang sejarah manusia. Biar pun setiap negara mempunyai akta-akta yang digubal untuk menguruskan kebebasan ini, ruang terbuka yang bebas lagi percuma itu terlalu gergasi untuk ditundukkan oleh sebarang bentuk kawalan.

RACUN YANG MEMUSNAH
Kita sama-sama dapat melihat bagaimana sebuah dinasti pemerintahan, sebuah parti memerintah, sebuah gerakan Islam atau public figure menempuh pengalaman-pengalaman luar biasa yang tidak pernah dialaminya sebelum ini, hingga membawa sebahagiannya menjadi telur di hujung tanduk. Semuanya gara-gara lontaran bicara di medan internet yang sangat besar kesannya kepada pihak yang dituju.

Penyembunyian identiti boleh memberikan rasa gagah yang luar biasa kepada seseorang. Perasaan itu yang sebelum ini lebih ketara dikecapi oleh pembunuh bersiri yang menikmati setiap kemusnahan yang berjaya dilakukannya tanpa pendedahan identiti, kini mampu untuk turut dirasakan oleh mereka yang menulis di internet. Penyembunyian identiti di internet adalah suatu peluang baru yang datang secara percuma untuk kegunaan manusia.

TERSELAMAT?

Tetapi, sejauh manakah seseorang itu terselamat daripada tanggungjawab?
Renungilah sepotong pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ini:
Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Akta-akta masih lemah pada mencari pemangsa.
Namun bagi pemangsa yang Muslim, yang bersyahadah dengan kalimah Tauhid, renungilah amaran Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja…”

BERIMAN KEPADA ALLAH

Lupakah dia itu kepada Allah?

Tuhan yang Sami’ dan Basir, yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Apabila seseorang itu mahu menterjemahkan nafsu amarah, rasa hasad, benci atau apa-apa sahaja ekspresi yang negatif kepada bentuk tulisan, di manakah dia ‘meletakkan Allah di dalam pertimbangan’? Bakal mangsanya tidak akan tahu. Tetapi lupakah dia kepada Tuhan itu?

Tuhan yang Maha Memerhati, Meneliti, Mendengar, lagi Menghitung setiap butir huruf dan perkataan yang diluahkannya?

Seseorang yang beriman kepada Allah tidak akan terlajak menggunakan kebebasan menulis dan penyamaran identiti.

Mangsanya tidak tahu. Tetapi Allah Maha Tahu.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Setiap kali jari menaip, huruf-huruf yang keluar itu semuanya pasti menjadi satu antara dua. Sama ada ia menjadi pahala yang membekal diri menuju Syurga, atau menjadi butir bara dosa yang menyalakan api Neraka. Tiada yang pergi bagai debu tanpa sebarang nilai.

Dia sudah lupa akan apa yang telah ditulisnya semalam.
Tetapi Allah tidak lupa.

Dosa dan pahala sudah terakam.

Akhirat menanti dengan janji balasan.

Seorang manusia yang meyakini Akhirat sebagai negeri menerima balasan amal, akan berfikir dua kali sebelum jari jemarinya menterjemahkan ekspresi diri kepada tulisan di blog sendiri, di blog orang lain, atau di mana-mana.

KESAN SALAH GUNA

Penyalahgunaan kebebasan beridentiti di internet menimbulkan beberapa kesan yang serius ke atas Iman seseorang. Antaranya:
Menyemai sifat tidak bertanggungjawab ke atas perbuatan.
Menyemai sifat pengecut kerana tidak berupaya untuk bersemuka menyatakan pendapat.
Menyemai sifat Nifaq atau bermuka-muka antara sikap online dan sikap offline.
Menghakis imannya kepada Allah.
Menghakis imannya kepada Hari Akhirat.
Justeru, beringat-ingatlah kita setiap kali memindahkan rasa kepada kata.

Sama ada ia menjadi pahala, atau berubah menjadi dosa.

Renungi firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” [al-Nisaa' 4: 114]

Bertaqwalah kepada Allah.

Berkatalah yang baik-baik.

Atau diam itu lebih menyelamatkan.

Read more...

TRIBUTE KHAS BUAT ‘MEREKA’…

>> Sunday, December 6, 2009

Rasanya telah lama saya menyepi dari laman blog.. kesibukan yang sedikit menekan membuatkan saya ralit untuk memberi perhatian kepada beberapa perkara sampingan.. mungkin juga sifat malas yang menghantui diri.. buat para pembaca yang kadang ada berharap, saya memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat meletakkan diri saya di level ‘blogger fanatik’.. justeru tidak banyak post2 yang dapat saya olah dan publishkan seperti yang dirancang.. apa pun saya tetap dan masih mencuba.. gambate!!!


Post kali ini saya sekadar cua mencuri masa lapang selama beberapa minit, untuk menyampaikan penghargaan dan kepada mereka.. ataupun TRIBUTE KHAS BUAT ‘MEREKA’..

BUAT UST WAN NOOR dan KELUARGA (Kak Majdiah, Busyro dan Asma’),
terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membimbing diri saya khususnya dan seluruh adik beradik Darul Quran di Syria, saya memohon ribuan kemaafan pada ustaz selama bergelar anak murid dan jiran atas perkara yang mengguris hati ustaz, membimbangkan hati ustaz dan sebagainya secara langsung atau tidak langsuang, halalkan segala ilmu yang telah ustaz curahkan kepada kami.. secara jujurnya sepeninggalan ustaz kembali ke Malaysia cukup memberi impak yang terlalu sangat besar buat diri saya dan saya merasa teramat-amat goyah di sini, hilangnya salah satu sumber kekuatan yang terbesar saya untuk terus bertapak di bumi syam, jugak tidak lupa saya doakan ustaz diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t dan memberi ketabahan kepada Kak Majdiah dan anak2..inysaAllah doa kami sentiasa mengiringi ustaz dan kami menanti ustaz untuk kembali ke syam. (ustaz wan nor telah dimasukkan di dalam hospital setelah beberapa hari tiba di malaysia kerana disyaki mempunyai penyakit kencing manis)

BUAT KEPIMPINAN BARU PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA SYRIA 2009/2010,
salam TAHNIAH dan TAKZIAH buat seluruh pimpinan, moga amanah yang diberikan Allah ini dapat digalas dengan baik dan sempurna, kepimpinan itu bukan satu jaluran skrip yang hanya sekadar perlu dicetak rompak melalui kepimpinan yang terdahulu dan seperti kaset yang dimain dan diputar2 semula, namun perlu berkembang seperti mana berkembangnya ISLAM untuk menterjemahkan kesyumulan itu sendiri, kami mendokong SERATUS PERATUS visi yang dibawa oleh PPMS kali ini bagi melehirkan ULAMA’ NEGARAWAN sebagai satu aset dan produktiviti terbesar PPMS yang akan dieksport pulangke TANAH AIR MALAYSIA suatu hari nnt.. juga buat para pimpinan, janganlah sehingga antum DITALKINKAN dan DIKAFANKAN lantas DIKUBURKAN oleh RAKYAT dengan pengkhianatan antum dalam menjulang amanah, seperti mana yang termaktub di dalam AL-Quran, AMANAH dan KEKUATAN adalah kunci utama kegemilangan sebuah kepimpinan.

BUAT PARA NUQABA’, ABANG-ABANG DAN TEMAN SEPERJUANGAN,
buat abg khalidi, a.farid dan a.pejai terima kasih atas dorongan semangat yang telah diberikan, buat a.nasir jazakallah khairan kathira yang tidak terhingga kerana sering menjernihkan hati yang dulu makin kelam dan suram, juga pada a.yusof, che mat dan a.rahman yang tidak letih mencurah-curahkan ilmu melalui hasil karangan para ulama’ pada saya, nasihat kalian sungguh bermakna bagi ku mengajarku erti kehidupan, juga sahabat2 seperjuangan badrun, ahlul bait dan seluruhnya yan terlalu banyak saya mengambil terlalu banya ‘ibrah dan khibrah dari mereka, terima kasih pada kalian, dan mohon maaf atas seinfiniti kesilapan.

BUAT AHLI DARUL MUTTAQIN, JORDAN,
a.ihsan, mad isa, rahim, amir, hayyi dan syaukani dan tidak lupa khairy yamin.. perjalanan saya sendirian terkontang kanting meredah dua benua meditterinean selama 2 minggu dirasakan amat berbaloi, jiwa yang sebelum ini terasa amat kontang dan terlalu sendirian di syria kerana tanpa teman seperjuangan akhirnya dapat dipenuhi dengan pengisian2 yang menarik dan mengubat rindu.. usrah sedetik yang telah menitiskan air mata saya di hadapan syuhada’ mu’tah, di situ juga saya berbai’ah.. meraih semangat syuhada’ di bumi mu’tah.. terima kasih pada semua ahli dar muttaqain, terutama buat a.ihsan di atas tasyji’, tiupan semangat, inzar dan ‘jundullah thaqafatan wa akhlaqan..’.. saya datang dengan kekosongan saya kembali dengan genggaman ketabahan.. =)..

“bahasa yang paling indah untuk menafsirkan HATI adalah HATI, maka tautan hati mukmin itu senantiasa bertemu di jalan DAKWAH dan ZIKRULLAH – Dar al-muttaqin”

BUAT PAK CIK NAJIN dan FAMILY
pertolongan pakcik dan keluarga selamnya xkan saya lupakan.. moga Allah mempermudahkan segala urusan dan menjadikan pakcik dan keluarga dari kalngan hambanya yang soleh... Amin..

BUAT MAK CIK KIAH PAKCIK LAN DAN FAMILY,
Terima kasih atas bantuan makcik dalam memudahkan urusan pembelajaran saya di dataran syam, hanya Allah yang mampu mebalas jasa makcik dan makcik.. kiriman doa saya kirimkan dari kejauhan kota syam.. =)

BUAT PARA ROMOBONGAN DARI DUBAI-SINGAPORE,
A.Sham, k.ana dan family, dan semua ahli rombongan, kami pihak pengurusan menyusun 10 jari mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang menguruskan percutian yang lalu, terima kasih atas kritikan, teguran dan komentar yang disampaikan, semoga kita sama-sama sentiasa tetap berhubung, kami turut menikmati kenangan indah bersama kalian, khusus pada a.Sham dan k.ana, terima kasih atas buku n nasihat special untuk saya.. rindu pada handzolah comel.. dataran syam senantiasa menantikan kedatangan kalian.. =)

BUAT SEMUA HATI-HATI YANG BERTAUT dalam ikatan ukhuwwah bersama saya,
terima kasih pada mereka yang mengambil berat dan bertanyakan tentang diri mengenai letupan yang berlaku, PENGEBOMAN yang berlaku 2-3 hari yang lalu di kawasan DAMASCUS (sayyidah zainab) tidak mengorbankan mana-mana pelajar, tempat yang terbabit adalah di kawasan pendudukan SYIAH dan mengorbankan 5 jiwa orang tempatan, doakan keselamatan kami dan apa yang paling penting dapat meneruskan pelajaran seperti biasa dan tidak terjejas dengan perkara yang berlaku...

akhir kalam,
salam sayang, salam kemaafan dan salam terima kasih buat semua..


al-adh'of 'ibad,
Muhammad Khairi Bin Awang Jaafar
Dataran Syam,
Damsyik,Syria

“…Aku bukanlah LUQMAN yang hebat menasihati dan memberi peringatan.. Ralit gelita jalanku dulu pernah ada mengharapkan AL-QURAN, Ada sirna perdu jiwaku dulu, SUNNAH jua benteng sandaran, kini bukan jua ku menulis sekadar menggantung angan-angan, namun sekadar secicip usaha untuk menTAUHIDkan seorang insan, insan bernama hamba untuk kita sama kembali berTUHAN…”

Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP