PENA LADING

Pena-Lading : lading diguna bukan untuk menyerang, namun menyerang (mempertahan) apabila diserang, mempertahan itu fitrah insan, namun menyerang itu sifat binatang..

"Parang Lading adalah satu senjata rasmi Silat Cekak (cekak hanafi,cekak malaysia,pusaka cekak hanafi), bagi pengamal silat cekak senjata ini sememangnya tidak dapat digunakan untuk mula menyerang, namun cukup ampuh dan berkesan apabila diguna untuk menyerang (mempertahan) ketika diserang"

bersesuaian dengan ISLAM itu sendiri yang tidak menggalakkan umatnya memulakan kerosakan, pertempuran, perpecahan dan pergaduhan sesama manusia, namun, menggalakan umatnya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bahaya dan serangan yang mendatang...

menyerang tatkala diserang,menyerang bukan sebarang, menyerang untuk kebenaran, menyerang untuk menegakkan keadilan...

"seGERAK seARAH"


SATU JIWA yang perlu diinfaqkan KESELURUHANNYA (siri 2)

>> Sunday, August 30, 2009

(sambungan..)

Saya diberi satu azimat oleh seorang teman dari UIA Pahang, saya amat-amat mengagumi dan begitu malu dengan susuk peribadi dan prinsip beliau, hatta saya teramat-amat malu untuk berbicara dengannya.. azimat yang disampaikan cukup mudah, dan amat memberi kesan pada saya kerana beliau telah berjaya menterjemahkannya ke dalam diri sendiri dan saya melihat hasilnya.. azimat ini juga yang ingin saya konsgikan..

“Sabar dengan Ujian, Redha dengan Ketentuan dan
HUSNUZHON (bersangka baik) pada TUHAN”


saya mengakhiri kalam untuk sama-sama kita renungi…

khulasah dari perbincangan yang saya mulakan…

berdasarkan dalil dari Kalamullah..(at-taubah 120-121)

"...yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada Jalan Allah; dan (setiap kali) mereka menjejak suatu tempat yang menimbulkan kemarah orang-orang kafir; dan (setiap kali) mereka MENDERITA sesuatu sesuatu yang mecederakan dari pihak musuh – melainkan semuanya ditulis bagi mereka amal salih (pahala). Sesungguhnya Allah menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis bagi mereka pahala, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."

Begitu juga mengenai wasiat Hassan Al-Banna

“mereka menderita dengan apa yang menimpa kaum muslimin, mereka merintih terhadap ini semua. Allah S.W.T mengetahui perasaan antara mereka yang menyebabkan leburnya lipatan hati mereka dan apa yang mereka deritai jauh di sudut hati perasaan mereka. Mengocak ketenangan kolam hati nurani mereka, sering menghalang mereka untuk berseronok dengan keluarga da taulan, bergembira dengan segala kelazatan dan keindahan yang ada
Manakala mereka mencari jalan penyelasaian. Maka Allah s.w.t mengetahui tiada sebarang pemikiran (asing) yang menjajahi minda mereka dan tiada hawa nafsu yang bertapak di jiwa mereka. Tiada perkara lain yang mebelenggui pemikiran mereka seumpama perkara ini. Yang menguasai hati,pemikiran dan perasaan mereka seumpama ini
Mereka melaburkan masa dan harta mereka di jalan ini. Cukuplah saudara melewati salah satu kelab mereka, saudara dapat saksikan sendiri mata yang layu berjaga malam, muka yang pucat kerana berjihad, tubuh yang kurus kering keletihan kerana tugas, mereka menanggung segala bebanan ini lantaran keimanan mereka yang kuat dan akidah yang padu…”

Berbahagialah bagi mereka yang di uji..

Seperti segumpal tanah liat yang kotor melalui proses yang amat memeritkan, dibakar dengan bahangya, diacu dengan kerasnya, diukir dengan menyakitkan dan akhirnya menghasilkan tembikar/labu yang cantik lagi berkualiti dan dihargai..

Berbanggalah diri mu yang di uji..

Bergembiralah kerana diri mu di uji..

Senyumlah kerana diri mu diuji..

Berbahagialah kerana dirimu beroleh Tarbiah dari Ilahi..

Manakan ujian itu tidak mungkin tidak kau rasai..

Adakah telah kau lupa???

Bukankah dalam baiah mu engkau telah berjanji??

Bagi diriku hanya SATU JIWA yang perlu diinfaqkan KESELURUHANNYA…

Read more...

SATU JIWA yang perlu diinfaqkan KESELURUHANNYA (siri 1)

Kalau hendak diikutkan hati saya sudah bosan sebenarnya… bosan untuk melakukan gerak kerja-gerak kerja persatuan dan formal, mungkin kerana terlalu lama berkecimpung dalam gerak kerja sebegini ditambah dengan bebanan-bebanan kerja yang banyak datang serentak setiap masa..

ramadhan kali ini tidak seindah yang saya gambarkan, masih banyak tugas-tugas yang perlu saya selesaikan…


Penolong Pengarah bahagian Thaqafah dan Pengisian Ihya’ Ramadhan PPMS…

Artikel untuk Kolum MySy yang tertangguh…

Artikel untuk Majalah Itqan yang perlu dihantar…

Rancangan Gerak kerja jarak jauh PERSADA dan Badan Kebajikan Negeri Kedah Syria (KKDS) yang perlu diteliti..

Penerbitan dan Penulisan buku yang tertangguh dan masih belum selesai 40-60%..

Kajian-kajian dan rujukan untuk bahan penulisan yang semakin berkurangan…

Exam yang sangat-sangat hampir dan masih kurang penumpuan…

Semuanya tidak dapat tidak membuatkan saya agak sedikit tertekan, ditambah pula dengan pengalaman lalu ‘dipermain-mainkan’ dan ‘ditipu’ dalam bekerja membuatkan saya sangat berhati-hati untuk menerima sebarang tugas, saya tidak mahu pisang berbuah dua kali, serik dan letih bermati-matian memikirkan tugas yang diberikan hampir setahun rupa-rupanya ianya satu kerja yang tidak pernah wujud dan pembohongan semata.. SAYA TERSANGAT-SANGAT BENCIKAN KERJA BODOH TERSEBUT… kerja bodoh yang sehingga kini saya tidak dapat dan tidak diberi relevan dan kefahaman mengenainya, lebih menjelikkan ia langsung tiada hasilnya, melainkan rasa sakit hati ditipu dan dipermain-mainkan.

Saya bukanlah individu yang hanya boleh dipujuk dengan perkataan ‘ikhlaskan niat enta.. buat kerja kerana Islam’ ataupun ‘nta wala’ je lah’.. dan terus disuruh melakukan kerja-kerja yang saya tidak diberi kefahaman dimana punca, kewajaran dan asbabnya.. dan yang paling memualkan bila saya bertanya (bukan mempertikai) mengenai tugas dan kerja yang diberi jawapan yang diberikan mudah..

‘nta wala’ je lah..’
atau
‘ikhlaskan niat nta.. buat kerja kerana ISLAM’

Dimana ISLAM dan IKHLAS nya jika kefahaman dan penjelasan tidak diberikan? JAWAPAN atau PENERANGAN untuk memberi KEFAHAMAN yang diperlukan.. bukan ALASAN seperti itu yang diharapkan.. maka janganlah menutup kebenaran itu dengan kebatilan.. saya mengharapkan Kefahaman dalam buat kerja kerana Islam, bukan tekanan dan paksaan…

dimana susahnya untuk kita memberi kefahaman kepada amilin yang bekerja untuk mereka mencapai IKHLAS yang diharapkan.. bukan ALASAN…

Kerja itu adalah AMAL

Kefahaman itu pula ILMU

Jadi teorinya AMAL tanpa ILMU adalah GILA…

Sama seperti bekerja tanpa kefahaman itu gila..

saya sangat bencikan perkataan sebegitu kerana pada saya ayat tersebut hanya ALASAN gila untuk dipaksa melakukan kerja bodoh (kerana tidak tahu motifnya), maka disebabkan itu saya lebih rela untuk memilih tinggalkan kerja berbanding memilih menjadi GILA…

namun saya sama sekali tidak akan menolak jika diberi kefahaman yang JELAS mengenainya dan bukan sekadar atas angin..

saya mempunyai prinsip tersendiri..

hujah saya mudah.. juga berdasarkan dalil dari Al-Quran berkenaan kisah Nabi Ibrahim yang mengharapkan kefahaman :

Dan (Ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku Telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah[165] semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, Kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." dan Ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al-Baqarah 260

Ayat ini membawa kepada 2 konsep iaitu ILMU dan KEFAHAMAN terhadap IBRAHIM A.S…
At-thabari dan Ibnu Kathir menyatakan Allah memberi kefahaman kepada Nabi dengan menunjukkan secara hakikat bagaimana Dia menghidupkan yang mati, walaupun pada hakikatnya Ibrahim A.S adalah nabi dan telah menerima Ilmu dalam bentuk wahyu, namun masih dijelaskan ilmu tersebut dengan cara memberi kefahaman sebagai cara penjelasan supaya mudah untuk baginda melakukan tugas sebagai nabi, maka pendapat ini juga disokong oleh Rashid redha dan Ar-Razy, justeru teorinya adalah

Wala’> diberi ilmu dan kefahaman > penjelasan > bekerja.

BUKAN

Wala’ > bekerja (= sia-sia)


Saya suka bekerja melalui 3 kunci kefahaman..

Kefahaman ttg MENGAPA perlu melakukan tugas tersebut..
Kefahaman ttg KENAPA saya diberi tugas tersebut..
Kefaham ttg DI MANA kedudukan hasil tugas tersebut

Dan seterusnya saya akan menikmati kerja-kerja yang saya galas, disebabkan kunci ini juga saya sanggup menerima taklif sebagai Penolong Pengarah Pengisian dan Thaqafah Ihya’ Ramadhan kali ini yang menjadi tulang belakang program, memang sangat sukar sebenarnya, saya terpaksa merangka hampir keseluruhan perjalanan jobskop bermula dari yang paling ASAS dan terperinci memandangkan keseluruhan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan di bawah jobskop saya kali ini adalah ‘perkara baru’ dan saya difahamkan aktiviti yang dirangka tidak pernah dijalankan sebelum ini di sini…saya tidak dapat merujuk program-program yang lalu melainkan 1,2 perkara.

merangka ‘benda baru’ dalam masa 1 minggu untuk perjalanan selama 30 hari amat-amat memeningkan kepala, menekankan dan meletihkan badan, saya hanya sempat untuk tidur lebih kurang hanya 1-2 jam setiap hari selama satu minggu, ditambah lagi dengan kehidupan saya yang masih sangat muda di bumi syam untuk menerima tugas ini menyebabkan saya perlu banyak belajar dan beradaptasi, banyak idea-idea yang perlu ‘ditapis’ untuk disesuaikan dengan situasi Syam membuatkan saya agak terhad untuk berkarya, dan susah untuk mentafsir liku-liku lanskap yang memenuhi citarasa ikhwan dan ikhwah syam.

Namun alhamdulillah saya amat bersyukur dikurniakan pembantu dan sahabat-sahabat yang memahami.. terutama Ustaz Badrun yang tetap setia di sisi membantu dan melayan karenah saya dalam bekerja dan berfikir dengan serius, Ust Fathiah merangkap kakak yang berpengalaman bekerja dengan saya semasa di Darul Quran menyebabkan saya tidak kekok dan senang bekerja dengannya walaupun masih baru disini, begitu juga Ust Aisyah Che Sulong yang tidak banyak bicara, mudah dan cepat melakukan kerja… Abang Aizat Mantan Presiden KUIN dan merupakan sahabat seperjuangan saya di dalam Tankiah dan PERSADA di Malaysia satu ketika dulu yang juga banyak memberi sumbangan idea, begitu juga ust Ishak Timb.Ketua Editor MySy selaku orang lama yang mengorbankan banyak masa untuk membantu, menegur dan menyumbang dalam tugas kali ini…

Saya merasa terharu disebalik jerih penat yang dilakukan rupanya ada mata yang memerhati, abang Farid Faizul merangkap Setiausaha Persatuan Pelajar Malaysia memberi taujihat ringkas kepada saya..
“ana nampak banyak dan berat kerja yang enta kena urus ni..xletih ke.. buat dengan cara yang terbaik InsyaAllah ada ganjaran Allah dan xsia-sia”..

saya termotivasi dengan kata-kata ringkasnya, pengalaman beliau dalam kepimpinan amat saya kagumi dan sukar untuk dipertikai..

Saya bermuhasabah…

Muhasabah dengan gerak kerja yang dihadapi, mencari ‘nilai’ di sebalik perjuangan..

Muhasabah mencari nilai di sebalik keletihan...

Muhasabah mencari nilai disebalik tarbiah dan kefahaman..

Muhasabah mencari nilai disebalik dugaan, tekanan dan cabaran..

Muhasabah dengan segala yang saya lalui…

terlalu sedikit untuk saya bandingkan dan merasa ‘letih’ dan ‘bosan’ dengan perjalanan ini.. perjalanan yang telah membentuk saya seawal menerima nafas tarbiah di bumi Maktab Mahmud tercinta dengan sketsanya untuk dimartabatkan, beralih kepada bumi barakah Darul Quran seterusnya berganti dengan Bumi Syam yang telah dijanjikan dalam sabdanya… ya, saya juga melengkapi fitrah insan.. menerima terlalu banyak ujian.. namun bukan tidak redha, Cuma hendak mengadu pada-Nya…

saya meneliti sketsa dan epilog tarbiah yang tersendiri… ‘tamrin’ pembentukan peribadi kental dan prinsip diri di Maktab Mahmud, sehingga ‘tamrin’ tarbiah sufi haraki dan pembentukan kekuatan dalaman yang amat-amat memeritkan diri melalui pengorbanan jiwa dan perasaan di bumi barakah Darul Quran.. dan beralih kepada bermulanya ‘tamrin’ pembentukan kematangan fikrah, fikiran, fiqh wazan dan membuat keputusan di bumi Syam dan saya yakin siri-siri tamrin ini akan berterusan di sini untuk membentuk diri saya.. menyahut Hembusan Cinta Dataran Syam..

saya teringat kepada kata-kata Hassan Al-Banna
“ kebanyakan orang Mudah berkhayal, namun bukan lah semua khayalan yang terlintas diminda itu mampu diungkap dengan lisan,, berapa ramai pula yang mampu mengungkap dengan lisan namun tidak mampu menanggung beban jihad dan bekerja keras, Para mujahid yang merupakan orang pilihan Allah yang tidak berapa ramai adakalanya tersilap langkah dan tidak mencapai matlamat sekiranya tidak mendapat inayah Allah”

saya cuba mencari dimana kedudukan saya di dalam kata-kata ini..

saya menerima satu pesanan ringkas dari Ukhti Najian, seorang sahabiah seperjuangan dari Kelantan yang meminta tasyji’ untuk berkongsi supaya dikuatkan hati dan sebagainya, terlalu malu untuk saya menunaikan permintaannya, saya bukanlah orang yang selayaknya dan kehidupan saya bukanlah sesempurna yang disangka..

saya memohon ribuan kemaafan kepada ukhti, lemah lutut untuk saya berkongsi…

saya tidak seperti Abang Ihsan Fadhli yang saya menganggap seperti tutor untuk diri yang lemah ini, saya juga bukan Uwais Al-Qarny yang saya kira lebih layak untuk berkongsi..

secara mudah untuk saya sebutkan, pengorbanan itu adalah satu pinjaman…
pinjaman kepada Allah untuk dibalas dengan sebaik-baik balasan… (al-baqarah 245)
"Siapakah orangnya yang mahu memberi PINJAMAN KEPADA ALLAH, pinjaman yang baik (lagi ikhlas), Maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan."


Dengan bermatlamatkan untuk mencari redha Allah.. (al-baqarah 207)
"Dan Di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana MECARI KEREDHAAN ALLAH semata-mata: dan Allah pula amat belas kasihan hamba-hambanya"
(Maka melalui ayat ini juga Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh hartanya…)

Kerana jalan itu terlalu panjang dan sukar… (at-taubah 42)
"Seandainya apa yang kamu serukan itu adalah mudah dan perjalanannya dekat dan pasti mereka akan mengikuti mu, tetapi perjalanan itu AMATLAH JAUH LAGI MENYAKITKAN.."

Untuk kita diuji benar-benar beriman… (al-ankabut 2)
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka BELUM DIUJI?"

Kerana ini adalah satu perniagaan (as-saff 10-11)
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?#(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui"

Dan Hasilnya adalah sebaik-baik balasan yang dihitung atas perniagaan yang telah dilakukan..
"Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka BERGEMBIRALAH DENGAN JUAL BELI yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar"

Maka menangislah sehendaknya andai terasa pilu dalam kehidupan..
kerana air mata itu adalah untuk dialirkan, bukan sekadar membasahi wajah suram yang terluka..
namun menyuburkan jiwa yang meronta sebagai pujukan dari kekasih yang Maha Penyayang…

(bersambung…)

Read more...

Terima Kasih pada yang Mengkritik... Inilah Langkahku...

>> Sunday, August 9, 2009

“..Artikel nta ni bagus tapi boleh buat orang terpengaruh untuk byk tengok movie, kita ke sini bukan nak tengok cerita-cerita.. tapi nak belajar..”

“..Nta ni bawa fikrah transformer pulak dekat syria..”

“..Artikel nta ni xsesuai dengan waqi’..”

“..Qairy berfikrah transformer..”

“..Syabas akh..! teruskan berpencak dalam dunia penulisan..”

“.. enta dah semakin hebat sekarang ni, teruskan perjuangan..”

“...Mantop artikel ni, mumtaz!!”


Saya bawakan beberapa kritikan yang saya terima berkesinambungan dari artikel “..belajar dari Transformer..” yang telah saya hidangkan sebelum ini..
Begitu menakjubkan artikel yang telah saya hidangkan ini telah menimbulkan beberapa ‘gegaran’ yang begitu kuat..bahkan bahangnya saya terasa panas sehingga kini..

mudah saya katakan.. saya bukan ingin menimbulkan kontrovesi

Namun saya berpencak untuk berdakwah...


Itu matlamat saya yang jelas..

Saya langsung tidak menyangka ‘izzah’ artikel saya mampu untuk membuatkan akhbar MySy bulan ini dibekukan.. mohon maaf kepada semua team akhbar MySy yang telah penat bertungkus lumus..
Namun bagaimanapun saya juga menerima kritikan-kritikan yang sangat positif dari para sahabat-sahabat seperjuangan, terutamanya sahabat-sahabat dari Malaysia...

Impak yang saya terima sangat mengejutkan saya..

sehinggakan artikel ini menjadi asbab saya dilamar dan ditawarkan kontrak untuk menjadi penulis sebuah buku yang bakal dicetak dan dikeluarkan di Malaysia.. dan telah mendapat perhatian dari JAKIM untuk memberi bantuan..
dalam masa yang sama saya juga telah diberi satu kolum khas di sebuah ruang dunia penulisan untuk menjadi penulis tetap...

gelabah saya dibuatnya...

Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mengkritik... Inilah langkahku..

Melihat kepada ‘kesan sampingan’ yang telah berlaku, memaksa saya untuk membuat penjelasan dan penerangan, saya menilai kepada pemikiran mereka yang mengkritik tajam berkenaan artikel tersebut..

justeru saya ingin menjawab beberapa kesalahtaskiran dan silap faham yang telah berlaku..Bukan ingin mematikan hujah dan sebagainya.. namun sekadar menimbang tara pemahaman kita...

Terus kepada jawapan..

Isi sebagai DeFactor, Transformer sekadar tarikan

Telah saya katakan sebelum ini kepada beberapa orang sahabat.. saya tidak meletakkan golongan-golongan intelek dan berilmu pengetahuan di syria sebagi target untuk membaca artikel saya ini.. exco-exco ppms, aktivis usrah, aktivis persatuan mereka bukanlah matlamat saya..

Namun artikel saya ditujukan khas bagi mereka yang kurang berkefahaman dan tidak suka kepada perkara formal seperti, kaki-kaki movie, kaki-kaki lepak, A.B.O.I (Aku Budak Sempoi) dan yang seiring dengannya..
Mereka adalah mad’u saya dan saya menghidangkan transformer untuk membuat mereka berfikir dan memahami..

Saya menggunakan teknik Berdakwah dengan memberi KEFAHAMAN
Bukan berdakwah dengan PAKSAAN

Saya amat tertarik dengan Ustaz Sulaiman wakil MSD JORDAN (Malaysian Student Department) yang memberi kritikan pada PPMS, beliau menyatakan
“saya menyeru kepada barisan kepimpinan PPMS untuk mendekati pelajar yang bermasalah dengan cara-cara yang terbaik, bukan sekadar menumpukan kepada program-program yang tidak menarik minat mereka, kerana jika ini berlangsung masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan”

Saya menyahut cabaran ini..

Arakian saya hanya menumpukan pada perenggan awal berkenaan dengan Transformer dan baki seterusnya ditekankan kepada konsep dakwah dan tarbiah... bagi disesuaikan dengan ‘mereka’ untuk membaca...

Saya cuba menggunakan cara yang kritis untuk membuat golongan ini TERTARIK supaya mereka MEMBACA, MEMAHAMI dan BERFIKIR...

Seperti yang diungkapkan oleh Saiful Islam :
"Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengutip pengetahuan, tetapi menyuluh kembara insan menuju Tuhan"

Saya kira mampu saja untuk meletakkan tajuk-tajuk yang agak berat seperti
“Kejumudan Umat Islam menjadi Punca Kelemahan”
Atau
“ Kehebatan Islam yang diterjemahkan Barat”

Namun jika begitu corak tajuknya 2 persoalan yang ingin saya lontarkan
Adakah artikel itu hanya sekadar terpampang di dada-dada Akhbar?
Dan berapa ramaikah yang akan menatap artikel tersebut untuk dijadikan tatapan?

Saya mohon kepada pembaca-pembaca artikel saya untuk melihat kepada DeFactor artikel yang telah ditulis.. bukan menilai Transfomer yang SEKADAR menjadi hiasan dan tarikan dan BUKANNYA topik utama perbincangan...

IJTIHAD ‘Transformer’

Saya berijtihad ketika hendak menulis artikel tersebut...
Ijtihad berdasarkan quran dan sunnah..
Ijtihad berdasarkan pengalaman mengurus program-program motivasi..
Ijtihad melalui didikan yang saya terima di dalam bidang Dakwah dan Dialogue of Civilization..
Ijtihad berdasarkan pandangan pakar-pakar motivasi..

Saya menterjemahkan Hikmah dan Mauizah dari Al-Quran dengan meletakkan tajuk (transformer)..
“serulah ke jalan Tuhan mu dengan Hikmah dan nasihat yang baik (Mauizah Hasanah)...” an-nahl 125

begitu juga hadis saidina Ali yang menyebut :
“berbicaralah dengan manusia melalui kadar kefahaman mereka”

juga saya merujuk kepada hadis Nabi S.A.W tatkala datang seorang sahabat datang berjumpa dengan Baginda lalu meminta Izin untuk mencuri, lantas rasulullah membenarkan dia mencuri dengan syarat dia tidak menipu, lalu apabila sahabat tersebut memikirkan implikasi dan kesan yang akan berlaku maka terhadap syarat dan ‘izin nabi maka dia meninggalkan amalan mencuri..

pada awalnya nabi seolah meraikan perbuatannya... tetapi secara tidak sedar nabi telah berjaya menghalangnya dan memberi kefahaman didalam mauizah (syarat) yang kedua..

konsep KEFAHAMAN yang ditekankan Baginda nabi berjaya..

maka teori ini juga yang saya adaptasikan..

bukan saya meraikan perbuatan menonton movie dan sebagainya, namun saya menghalang dengan memberi kefahaman di dalam perenggan-perenggan yang setersunya...

sepertimana juga yang disebut oleh pakar motivasi Diane Lemons di dalam Chicken Soup for the Teenage Soul :
“..I would do less Correcting and more Connecting..”
“..saya akan kurang melakukan teguran (memberi tekanan) dan saya akan lebih melakukan perhubungan/persahabatan (memberi kefahaman)..”

Maka kombinasi dari dalil ini telah saya asiosasikan lalu menghasilkan belajar dari trasnformer..

Sekali lagi saya jelaskan, saya tidak begitu ambil hati dengan ‘pembekuan’ artikel saya di dalam MySy, saya menerima seandainya di sini bukan waqi’nya dan kesalahan saya yang gagal membaca waqi’.. namun apa yang saya tumpukan hanya pada salah faham dan kesilaptaksiran mesej yg ingin saya bawa..


Wahai Da’ie..!? ego la sangat...

Saya sering berpesan kepada adik-adik usrah, sahabat-sahabat seperjuangan, rakan-rakan program dan mereka yang seangkatan dengan saya..

“seorang mad’u tidak akan berfikir sepertimana yang kita fikir, justeru kitalah yang perlu berfikir apa yang mereka fikir, seorang mad’u tidak akan secara mudah-mudah mengikut dan memberi apa yang kita inginkan, jadi kitalah yang perlu memberi dan ‘mengikut’ untuk dapatkan dari mereka apa yang kita inginkan.. jadilah daie yang kritis..”

Saya membawa tamsilan...

Seorang mad’u berminat untuk menonton tv, wajarkah dihalang kehendak dan keinginannya?
Seorang mad’u terlalu gila bermain bola, patutkah kita mengadakan usrah acapkali untuk menghalang minatnya?
Seorang mad’u telah berterusan menghisap rokok selama 10 tahun, maka perlukah kita terus mengarahkannya untuk berhenti menghisap rokok dengan serta merta dalam masa 1 hari?
Seorang mad’u yang menagih arak sepanjang hidupnya, adakah perlu dihentikan serta merta dengan hanya satu pertemuan?

Tidak sama sekali...!!!

Al-Banna berkata : Nahnu Da’ie Laisal Qudho’.. kita adalah pendakwah bukannya PENGHUKUM!!!

Lantas islam meletakkan Tadarruj (beransur-ansur) di dalam prinsipnya..
Maka Allah berfirman :
“Maka dengan rahmat Tuhan Mu, berlemah lembutlah terhadap mereka, sekiranya engkau bersikap keras hati dan kasar pasti mereka akan menjauhkan diri dari Mu, oleh itu maafkanlah mereka dan mohonkan keampunan kepada mereka...(ila akhir ayat)” al-imran ayat 159

Kesimpulannya saya berpendapat berikan saja apa yang mereka inginkan, namun berikan dengan ‘cara kita’ melalui perkongsian...

Allah tidak mengharamkan sesuatu perkara melainkan digantinya dengan perkara yang lain...

Rasuah itu haram, tapi jual-belinya ada...
Arak itu haram, maka susu penggantinya..
Zina itu haram, justeru perkahwinan penyelesaiannya..
Iblis dan Syaitan itu penyesat, oleh itu nabi dan rasul menjadi petunjuk hamba Nya..

Maka jika dai’e ‘mengharamkan’ bola, movie, rokok, dan sebagainya, justeru saya ingin persoalkan apa yang kita berikan sebagai gantinya???

Akhirnya kejumudan Islam itu dipersembahkan oleh Pendakwah sebenarnya..

Islam yang Syumul itu dijumudkan oleh ego promoter-promoternya..
Maka dengan sifat ego pendakwah ini, wajarkah kita dituruti??

Tugas kita hanya memberi dan memberi dan terus memberi...
Bukan memaksa dan terus memaksa..

Keghairahan kita yang menjadi ‘POLIS FRU’ untuk terus menyerang dengan penuh emosi mengharamkan dan menghalang sana sini..

Adakah bola,tv,movie,game itu adalah real problem? (masalah utama)
Ataupun ianya sekadar presenting problem? (masalah yang diada-ada dan diperlihatkan?)

Pada saya itu hanya tip of an iceberg (masalah yang terlalu kecil untuk dilihat)
Saya telah sebutkan di dalam artikel yang lalu..

Berprinsip jangan jumud, tebuka jangan hanyut...

Keegoan pendakwah yang hanya mahu dituruti hanya membuahkan hasil untuk mereka dibenci..
Tapi keterbukaan kita untuk ‘menuruti’ akan membuatkan mereka rasa disayangi dan lembut hati..

Gunakan akal untuk kita berfikir dan menilai...

Justeru izinkan saya bertanya..
salahkah mad’u yang biadap, ANDAI DAIE YANG TERENCAT AKALNYA..???!!!

bagaimana respon dan pandangan anda???

Read more...

Mohon Maaf pada Semua...

>> Friday, August 7, 2009

saya memohon maaf pada semua atas kelewatan saya untuk mengedit blog..

pada mulanya saya sengaja membiarkan 'belajar dari transformer' untuk sedikit waktu yang panjang, arakian saya hendak menerima kritikan2 atas masterpiece saya yang pertama..

alhamdulillah saya telah mendapat apa yang dihajati.. namun secara tidak sengaja saya telah membiarkan laman blog saya terlalu lama.. disebabkan terbeban dengan tugas-tugas luar yang membuatkan masa saya terhad..

ditambah pula baru2 ini saya menerima lamaran untuk menjadi penulis bersama bagi sebuah buku yang bakal dikeluarkan, dalam masa yang sama perlu menulis untuk sebuah kolum di syria..secara tidak langsung jadual saya di bumi syam perlu di rejuvenasikan...

bagaimanapun saya akan terus berpencak di laman ini..
terlalu banyak perkongsian yang ingin saya sampaikan..
pengalaman di dataran syam yang banyak mengajar jiwa..
pengalaman di dataran syam yang mematangkan pemikiran..

mohon maaf pada semua, insyaallah saya ada lebih kurang 2-3 topic untuk dikongsi bersama.. saya berjanji akan cuba untuk berkongsi topik yang seterusnya selewat2 hujung minggu ini..

afwan kathir... ribuan kemaafan... al-faqir ilallah..
Muhammad Khairi B. Awang Jaafar...

p/s : saya amat berharap pada semua pembaca untuk memberi kritikan kepada post2 yang telah saya hidangkan.. untuk saya memperbaiki kelemahan penulisan.. pembaca ku adalah sifu ku.. =)

Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP